Friday, April 4, 2014

MY ACNE TREATMENT


Assalamualaikum..

rasanya dah terlalu lama tak update blog ni..kalau dulu mesti ada sahaja yang nak diceritakan..nak di coretkan dalam ni..tapi sekarang..kekangan masa membuatkan piha tak sempat nak tulis hari- hari yang piha dah lalui..

takdapat dinafikan...syukur ke hadrat Allah Taala kerana sekarang ni piha dah habis piha punya degree chapter..dan sekarang sedang bertugas sebagai guru sementara sebelum terima ijazah pada bulan Mei ini...alhamdulillah...nak lihat abah tersenyum dengan piha agak tercapai..

Jadi malam ni..piha nak share sikit tentang produk acne yang piha sendiri dah cuba...tetapi, sebelum itu, piha tak dapat "royalty" daripada company ini, tetapi piha ingin berkongsi manfaat daripadanya..

Memang tak dapat dinafikan piha mempunyai kulit yang sangat sensitif terutama sekali jerawat yang kecil-kecil dan tumbuh setiap masa..kalau nak cerita waktu datang bulan..lagi lah banyak..

Memandangkan bertudung, jerawat sangat mudah tumbuh kalau waktu panas terutama di kawasan pelipat tudung..nak ceritakan tentang sakitnya, memang sakit dan GATAL..

Sehinggalah kawan piha iaitu Fatin memperkenalkan produk ini kepada piha..Alhamdulillah, ia memberi kesan yang sangat memberansangkan..

Cuci muka dengan Bio-T cleanser..pakai 2 kali sehari..yang bestnya sabun ini tak berbuih dan PH 5.5 sama dengan kulit kita..jadi ia sesuai dengan kulit biasa sehingga sensitif....pakai bersama Dalacin T Topical Solution..dip dekat kawasan jerawat..

Jerawat semakin pulih terutama di kawasan muka yang berpeluh..

1 comment: