Tuesday, February 14, 2012

WEDDING

Balik ke Shah Alam untuk jangka masa yang singkat. Pulang untuk menghadiri majlis perkahwinan abang Che Nabila atau manjanya di sapa dengan bella. Thanks sebab invite kak piha dan sorry sebab bkak piha tak dapat nak duduk lama dekat Shah Alam.

Pencak silat..

3 hari 2 malam cukup untuk menghilangkan rindu bersama rakan- rakan tercinta meskipun piha tak dapat jumpa maria sepanjang piha berada dekat sana. Inshaallah..lagi 2 minggu lebih sahaja sebelum kita jejak ke semester baru.

Isa dan Mimi


Bertolak daripada Johor Bahru pada petang jumaat dan tiba di Shah Alam pada malamnya. Mujurlah tiket ke Shah Alam masih bebaki 4 tempat kosong. Dapatlah piha tiba ke Shah Alam tepat pada jangka masa yang piha buat.

Majlis perkahwinan yang berlangsung pada hari sabtu dan memandangkan Fahmi mencadangkan untuk kami ( Piha, Fahmi dan Isa ) bertolak ke Sri Gombak pada sabtu pagi, malam itu setibanya piha dekat rumah, piha terus tidur.

Fahmi aka "Top Model"

Isa aka " Hot DJ "

dan ini adalah " coin " aka " token " aka " CAPSULE "

Keesokan harinya, kami bertiga pergi ke sana dengan menaiki bas Rapid KL. haha..banyak perkara melucukan sepanjang perjalanan kami dengan keletah mereka yang menghiburkan.

Tiba dekat teratak astana keluarga bella lebih kurang pukul 11.00 pagi. Sepanjang dekat sana, tak banyak kami lakukan hanyalah bermesra- mesraan antara satu dengan yang lain.


Tarian arab. Malah tetmu juga di hidang dengan Dikir Barat dan tarian. Bagi piha, ia satu kombinasi yang menarik di antara 2 negeri dimana keluarga bella yang berasal daripada negeri Johor dan juga Kelantan.

Bertolak pulang lebih kurang jam 5.30 petang. Esoknya hari had, piha balik semula ke Johor Bahru pada jam 9.30 pagi.

Sesi karaoke juga tak ketinggalan!

2 comments:

  1. hye..jgn lupa follow blog sy yer and ltk banner blog sy kat awknyer blog thanks
    http://sungguhsedap.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hi..thanks for read!..

    ReplyDelete