Friday, April 8, 2011

CHECK IN - MCDONALD SECTION 3

Sedang enak mereka melelapkan mata di atas katil dan bantal yang serba serbi empuk, kami di MCDONALD....piha, fatin dan bella..masih lagi terkebil- kebil menahan mengantuk mata masing- masing. cerita bermula begini.....


pada mulanya kami bercadang untuk ke MCD adalah untuk menyiapkan kerja kursus kami yang sepatutnya dihantar pada 8 APRIL 2011 bagi matapelajaran TITAS( TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA). Kami bercadang untuk menyiapkannya sekali gus membuat latihan subjek yang sama tetapi dengan membuat soalan tahun lepas.

1 jam kemudian...


OK..kami bertolak lebh kurg pukul 8 malam dan terus mencari port terbaik untuk kami bertiga. Tetapi..sedang enak membuat kerja..tiba-tiba handphone berdering menunjukkan panggilan daripada rakan sekelas, Azim...yang memmbawa khabaran kurang enak untuk didengar bahawa tiba- tiba kelas kami CANCEL! untuk hari esok...


jadi..kami dengan semegah- megah pada mulanya, terus luluh hati bagai di panah petir pabila mendengar berita tersebut...hmmmm...tapi..kami meneruskan juga kerja kami di sini sambil di selimuti angin air cond yang amat dahsyat sejuknya!...lebih kurang 10 jam kami berada di MCD ini...berbagai ragam yang kami lihat di sini...


hmmm..termasuklah pesanan kasih sayang daripada rakan sekelas kami yang stay berada di kolej masing- masing....hehehehe...

Jadi...sekarang jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi...kami ada masa lebih kurang 2 jam setengah untuk CHECK OUT daripada MCDONALD seksyen 3 ini....=D



hehe...


1 comment: