Monday, April 11, 2011

AYNA'S ENGAGEMENT ( 10 APRIL 2011 )

TAHNIAH ayna...di atas pertunangannya yang sudah pun berlangsung dengan selamatnya di Taman Ukay Perdana pada hari ahad tepat jam 11.00 pagi. Piha bersama rakan sekelas UNISEL tak lain tak bukan az, wan nash, azwan, adham, mus dan faisal.

Memang tak dapat nak cakap apa lagi. Piha sangat gembira atas kegembiraan ayna bersama tunang tersayang Fizwan. Tali ikatan pertunangan yang diikat selama setahun akan berakhir hujung tahun ini dengan ikatan nikah yang sah. Piha minta maaf andai piha menangis dan memeluk ayna semalam sebab piha memang gembira sebab inilah yang selama ini ayna mahukan. Lagi satu sebab piha macam tak sangka yang kawan baik piha sudah punya ikatan dengan seseorang. Sebab inilah kali pertama kawan baik sendiri bertunang. Walau di kampung piha, agak ramai rakan sebaya yang telah berkahwin, tapi inilah antara moment yang sangat menggembirakan hati piha.

Kami tiba di rumah ayna sebaik sahaja rombongan lelaki sedang makan. Ini bermakna majlis tersebut hampir selesai. Bila ayna melangkah kaki keluar bertemu dengan kami semua, memang tak dapat nak cakap apa...ayna yang sangat cantik bersama pakaian berona peach, sedondon dengan palmin yang di sediakan, memang sangat ayu...

Tak lupa kami bergambar bersama- sama sebelum pulang ke shah alam...

p/s : gambar akan di upload kemudian

No comments:

Post a Comment