Alhamdulillah..sekali lagi piha tersenarai untuk penerima Anugerah Dekan bagi sesi tahun 2010. Kali ini, piha hadirkan diri ke UNISEL untuk menghadiri meeting bagi majlis yang akan berlangsung di Hotel De Palma pada 28 Februari 2011. Tetapi, Sebelum itu piha yang di kejutkan dengan SMS yang di hantar oleh rakan piha dari UNISEL serta pertanyaan dari Facebook yang mengajak piha untuk datang ke UNISEL. Piha yang pada mulanya kurang yakin dengan mesej ringkas tersebut membuatkan piha bertanya dengan semua rakan piha dan akhirnya memang betul. Piha melangkah sekali lagi ke UNISEL dengan hati yang sangat gembira kerana kali ini, piha akan berjumpa dengan sahabat baik piha sendiri daripada di awal semester 1 sehingga semester 7 kami bersama. Persahabatan kami bermula ketika kami satu dorm dan satu kumpulan.
Piha yang tidak mempunyai kelas pada pagi itu, bertolak ke UNISEL pada tepat jam 11.30 pagi. Piha estimate time dan menjangkakan tiba di UNISEL tepat jam 12.15tengah hari. Alhamdullilah, piha tiba pada masa yang telah di tetapkan. Piha yang bergegas keluar daripada teksi terus menuju ke kafeteria UNISEL. Setibanya di UNISEL, piha berjumpa dengan Kay, Iejam, serta Wan Nash. Agak riuh suasana di kafe tersebut dan terus memori piha bermain semula saat piha dan kawan- kawan yang lain selalu " lepak " di kafe sebaik sahaja kami tamat kuliah.
Kami terus ke Fakulti memandangkan aina dan az juga turut berada di sana. Dalam fikiran piha sudah pun membayangkan muka mereka masing- masing. Setibanya piha ke dalam fakulti, piha terpandangkan az dan aina dahulu. Kami saling berpelukan dan tidak dapat menahan kerinduan kami. Sangat- sangat merindukan mereka. Masing- masing sudah pun menjalankan kehidupan sendiri. Namun, syukur, 3 bulan sudah berlalu, namun persahabatan kami masih seperti dahulu, saling gelak ketawa dan mengimbas kenangan dahulu tidak kekok.
Namun, yang paling mengejutkan piha pabila piha di maklumkan az bahawa Madam Gina juga turut berada turut berada disana. Piha sangat terkejut dan tak semena- mena air mata piha mengalir. 10bulan Madam berada di sana menjalankan kehidupan sebagai seorang anak rantauan di negara orang. YA ALLAH...sangat tak sangka yang kami akan berjumpa lagi. Kali terakhir kami berjumpa di sana ialah ketika FAREWELL PARTY untuk Madam Gina dan teringat lagi pesanan terakhir madam kepada kami.
Piha tak tahu bagaimana piha nak meluahkan kegembiraan ini dengan kata- kata. Seorang lagi pensyarah yang banyak memberi sokongan moral kepada piha baik ketika belajar bersama beliau sehingga sekarang, kami para pelajar tetap keep in touch di dalam Facebook dan Blog. Madam bersama Ryan the lion yang sangat gebu. Kami berborak sementara menunggu mesyuarat dimulakan.
Mesyuarat dimulakan tidak lama kemudian. Dinner yang akan di adakan pada :
TARIKH : 28 FEBRUARI 2011
TEMPAT : HOTEL DE PALMA
TEMA : GLAMOUR
Kami di minta untuk datang awal untuk melakukan rehearsal untuk majlis yang akan di adakan pada malam itu. Syukur pabila pada hari tersebut, piha tiada sebarang kelas. Selepas itu, kami bergambar bersama para pensyarah namun sayangnya pabila seorang lagi pensyarah kesayangan piha tiada di sana iaiitu Madam AA.
Fakulti memang banyak berubah. Ramai pensyarah baru yang mengajar di sana. Tidak lama piha berada di fakulti kerana piha perlu mengatur masa untuk piha pulang ke UITM untuk menghadiri kelas pada petang itu dan mengambil test. Piha bersama rakan ( az, ayna, wan nash, iejam dan kay ) membuat keputusan untuk makan bersama- sama di Restoran Khulafa berhadapan dengan UNISEL. Sekali lagi piha teringat ketika kami selalu lepak dekat sana dari pagi sehingga lewat pagi dan terutama sekali kenangan ketika piha TERJATUH di depan Khulafa sehingga seluar terkoyak di lutut. MALUUUUUUUU....
Kami berborak sementara menunggu kelas iejam dan kay yang akan mula pada pukul 2. 30 petang dan pila bertolak pulang ke UITM pada pukul 3.30 petang memandangkan kelas piha bermula pada pukul 4.00 petang. Rasa sangat gembira dapat berjumpa insan yang selama ini piha merindukan mereka.
P/S : Cant wait to see u again
gile sedey xde dkt c2...
ReplyDelete