Tuesday, February 8, 2011

DANGA BAY VS ZOO JOHOR

Alhamdulillah..cuti telah pun berakhir, dan hari ini ialah hari pertama piha menjalankan hari hari biasa sebagai seorang pelajar yang memikul tanggungjawab yang agak berat demi ingin menunaikan impian dan hajat orang tua yang berada di kampung halaman.

Namun, cuti selama seminggu tidaklah memberikan piha cuti dari segi segi mental dan fizikal, tetapi hanya cuti daripada menghadiri kelas. Terlalu banyak kerja dan nota yang perlu di buat sepanjang berada di rumah. Piha ambil sebagai pembakar semangat untuk piha berjaya di masa hadapan.

Selain daripada itu, piha juga turut mengambil kesempatan semasa cuti untuk menyelesaikan borang Yayasan Pelajaran Johor untuk mencuba memohon biasiswa selepas piha gagal untuk mendapatkan tajaan PTPTN. Sebaik sahaja sehari piha pulang ke rumah, piha terus ke Pejabat YPJ berpandukan " google map " sebagai petunjuk arah untuk piha kesana, dan selepas itu terus piha menuju ke Danga Bay untuk menyiapkan kerja fotografi yang telah pun di tugaskan oleh pensyarah piha untuk menyiapkannya semasa cuti semester. Alhamdulillah, piha tidak keseorangan untuk menyiapkan segala kerja di sana kerana kawan baik piha iaitu atika sangat murah hati untuk menemankan piha sepanjang jalan dan sepanjang piha berada di bandaraya Johor Bahru.


Kenangan yang berada di Danga Bay terukir pabila ini adalah pertama kali untuk piha memandu sendiri kereta dan abah memberikan piha kebenaran untuk ke sana tanpanya. Alhamdulillah, ALLAH menyelamatkan perjalanan piha sepanjang di sana dan kami tidak terlibat dengan sebarang kemalangan yang hampir sahaja berdekatan dengan kami pabila ketika kami berada di lebuhraya Johor Bahru dan hanya jarak nbeberapa buah kereta terdapat kemalangan langgar berantai di sana yang melibatkan MyVI dan beberapa buah kereta. Jalan di lebuhraya sebenarnya pada pagi itu tidak lah begitu sesak, dan mungkin inilah yang dinamakan sebagai " malang tidak berbau " pabila kemalangan berlaku dimana- mana sahaja dan bila- bila masa sahaja.

Selat Melaka

Perjalanan kami selamat sepanjang ke Danga Bay. Piha meneruskan misi untuk mengambil gambar demi menyiapkan tujuan utama piha iaitu mengambil gambar. Piha di tugaskan untuk menyiapkan gambar ZOOM MALAYSIA dan SIHAT MALAYSIA. Dimana kami sekelas diminta untuk mengambil shot slow speed, stop action, minimum depth of field, maximum depth of field dan panning. Piha memilih Daga Bay sebagai destinasi Zoom Malaysia kerana tempat yang agak menarik dan suasana yang agak kondusif kerana pelancong sering bertandang ke sana untuk melancong setiap tahun baik pelancong local dan luar negara. Walaupun piha datang awal, dan sekitar Danga Bay belum lagi memulakan operasi mereka, namun ia tidak menghalang untuk piha mengambil gambar termasuklah tragedi berasa seorang anggota polis yang menggunakan tricknya untuk menganali kami.

Jejak langkah kami bermula pabila piha menanyakan waktu operasi Danga Bay kerana pada waktu baru menunjukkan pukul 2 petang. Sorang anggota polis yang menjaga kawasan Danga Bay itu meminta nombor piha sebaik sahaja piha mengatakan piha ingin melakukan photoshoot untuk assignment piha. Namun, tactic piha untuk tidak memnerikan nombor piha kepada orang yang tidak piha kenali. Namun, polis itu sekali laghi tidak berputus asa pabila polis tersebut yang tidak di ketahui identitinya meminta alamat Facebook piha pula. Dia juga mengekori pergerakan kami sepanjang kami berada di sana sehingga kami tidak selesa berada di sana. Piha yang cepat- cepat menyiapkan tugasan dan terus beredar di sana. Ok..atika juga turut membahan piha piha bersama "abang polis " tersebut. Tidak mudah untuk piha memberikan sebarang ombor piha kepada insan yang piha tidak kenal=)

Kami keluar dari kawasan Danga Bay dan berniat untuk tidak kembali ke sana kerana mengkhuatiri jalan akan sesak lewat petang. Kami terus menuju ke ZOO JOHOR untuk menunaikan hajat piha yang sudah sekian lama tidak ke sana. Seingat piha, kali terakhir piha kesana ketika bersama abah dan arwah emak entah pada umur berapa dan bila ketikanya. Sykur sekali lagi, ALLAH mengizinkan piha untuk menjejakkan kaki kesana sekali lagi. Teringat ketika abah membelikan keropok dan piha memberikan keropok tersebut untuk gajah. Terkadang puha sangat merindui kenangan piha ketika kecil dahulu. Sering dimanjakan oleh abah dan arwah emak.


Tiket bernilai RM3 memberikan kami peluang untuk berpusing ke sekitar zoo dan melihat pertunjukan haiwan. Juga sempat untuk kami bergambar dengan " tommy and jerry " yang tidak tahu entahkan yang mana satu tommy dan jerry tersebut. AWESOME!


Piha dan atika kemudian singgah ke City Square dan makan di tempat makanan kegemaran piha tak lain tak bukan ialah SECRET RECIPE. Kek chocolate banana menjadi pilihan piha. Kemudian kami pulang mengikuti PANDAN dan selamat tiba di rumah tepat jam 8 malam.


p/s : kredit untuk atikah=)...rindu arwah emak=(

No comments:

Post a Comment