Thursday, December 23, 2010

PERSIAPAN 1

Letih juga badan ni, berjalan bawah panahan terik sang mentari. Seminggu saja lagi masa yang ada sebelum piha berangkat untuk memulakan perjalanan di Shah Alam. Segala persiapan barang yang kurang sudah pun di senaraikan, sekarang untuk membelinya pula. Hari isnin minggu depan bersedia untuk membuat medical check up yang masih tertangguh untuk membuat X-Ray yang mana minggu lepas kesuntukan masa, doktor pula tiada. Jadi, minggu depan doktornya baru ada.

Transkrip dan Surat Tamat Pengajian pula sudah tersedia cuma tinggal untuk fotostet saja dan minta pengesahan daripada Ketua Kampung ( JKKK ). Agak letih juga bila selang dua hari selepas piha balik dari Shah Alam untuk memohon transkrip, piha terpaksa berpatah balik ke Bandar Anggerik tersebut untuk mengambil surat pengesahan tamat pengajian pula. Syukur pada waktu yang sama, pihak unit peperiksaan telefon piha untuk memberitahu transkrip piha sudah siap. Alang- alang dah datang, baik ambil sekali. Namun, piha berada di sana hanya buat sehari sahaja, sebab banyak lagi perkara yang perlu di siapkan di sini masih tergendala.

Abah juga turut menumpang susah hati bila piha asyik berulang alik keluar masuk ke rumah. Sekejap ke sana dan sekejap di sini. Kadang- kadang piha kesian juga dekat abah, piha dah besar piha tahu lah apa yang piha perlu buat..hihi..

Jadi tadi, piha gerak ke TESCO untuk berbelanja sikit- sikit untuk persiapan minggu hadapan. HARUS! diasingkan yang mana KEPERLUAN dan KEHENDAK untuk mengelakkan pembaziran. Piha ini seorang yang rambang mata, kalau tak buat list barang yang hendak di beli, habis semua piha beli..tadi pun hampir- hampir saja mengambil benda yang tak begitu penting. Tapi berkat menepuk dada sebanyak 3 kali, akhirnya piha dapat melawan nafsu tersebut...

Beg Laptop ( sandang belakang ) - untuk keselamatan dan kurangkan sakit bahu
Blanket
Shower Cream
Barangan peribadi

Dalam TESCO yang agak serabut membuatkan piha untuk mengambil barang yang perlu dengan pantas, mungkin mereka sedang mengasingkan barang yang untuk di buat lelongan sempena akhir tahun ini. Habis semua bersepah macam kena gempa bumi lagaknya.

Buku tulis Rapunzel tau!
p/s : banyak lagi nak kena beli ni=(

3 comments:

  1. supiha..
    bila kita tgk persiapan barang-barang ni
    kita nangis..maafkan kita..kita selalu mendoakan yang terbaik buat sahabat-sahabat kita. rezeki kita xde untuk sambung belajar.kita selalu ingat impian yg kita berdua selalu cerita dulu..supiha..teruskan yer.belajar elok-elok..cari kawan yang baik yer. kita syg supiha sgt.kita nangis sbb kita gembira ade kawan kita akan meneruskan perjuangan utk mncapai cita-cita yg diidamkan. supiha..berusahalah dan jangan merasa jatuh k.be positive mcm kita selalu ckp.walau kita x dpt berjumpa piha..kita tetap menyokong piha.salam sayang dr sahabatmu..
    -Ayna Tan-

    ReplyDelete
  2. Ayna :

    Ayna...macam kiter cakap sebelum ni ayna..di sebalik kegembiraan kita sebenarnya kita sedih...kita dulu pernah berjanji kan nak sambung belajar sama2...tapi..impian tu tak tercapai..susah kita nak cari kawan yang mcm sekarang ayna...penuh dgn kejujuran..macam mana kita nak melangkah sorang2 kat sana???...kita syg ayna and kawan2 lain..nad, az, linda..tapi...

    kita harap ayna faham...ayna tempat kita bercerita segala nya~~

    kita bersyukur punya kawan sepertimu ayna...trust me

    ReplyDelete
  3. supiha..ade award utk kamu..sila jawab dan ambil yer.
    syg kamu sgt.
    ^_^

    ReplyDelete