Friday, December 31, 2010

RECAP 2010!

Kredit : enjin pencarian Google

Selamat jalan 2010, selamat datang 2011. Tahun yang sangat bermakna buat piha untuk kali ini, kerana selangkah lagi piha menapak sebagai anak Haji Hasim bin Abd Majid yang akan berusia 21 tahun!. Ini juga bermakna mulai tahun hadapan, piha boleh mendaftar sebagai ahli SPR dan MENGUNDI!.

Jika piha dah pernah ceritakan azam 2010, namun apa azam piha pada tahun 2011??...kalau segelintir rakan blogger piha nak tahu, ceritanya di penghujung RECAP 2010. Dah macam rancangan televisyen pula lagaknya.

Sepanjang tahun 2010, banyak membawa kisah yang gembira, sedih, gembira di luar namun sedih di dalam serta sedih di luar dan gembira di dalam hati piha. Namun, apa yang piha lalui sepanjang tahun 2010 adalah sebagai pengajaran dan piha mengambil sebagai inisiatif yang positif untuk piha bertindak lebih matang dan PROFESSIONAL!

Sepanjang tahun 2010, piha yang juga bergelar pelajar semester 6B dalam pengajian Diploma Komunikasi dan Media, UNISEL, Shah Alam.

1 JANUARI 2010

Seperti biasa,tahun baru, masa untuk memulakan azam baru dan menunaikan azam yang lepas.

25 FEBRUARI 2010

Memori di mulakan dengan sambutan ulangtahun piha yang ke 20. Kejadian malam itu sangat membuatkan piha tak sangka dan terkejut. Manakan tidak, masa hari lahir piha lah kejadian pecah rumah masuk ke rumah jiran kami. Betul- betul berseblahan dengan rumah sewa kami. Sejak daripada tragedi tersebut dan pada Malam tu juga! kami sibuk duk ketuk mengetuk memasang engsel dan lock dalam bilik kami. Lebih kurang 3 selak kunci juga yang kami pasang hasil perkongsian duit masing- masing. Dan nak di jadikan cerita piha di kejutkan dengan Surprise Party di dalam rumah kami pada malam tu. Piha tak sangka, dengan hanya jemput- jemput menjadi hidangan pada malam hari jadi piha tepat jam 12 malam. Mereka membuat kejutan menutup lampu dan langsung membuat piha terharu menangis. Sayu~~

Tak lupa juga Fify, Linda, Haz yang menyambut birthday di Dataran Shah Alam=)

Dan! yang tak boleh melupakan piha, bila acara memecahkan telur mentah untuk masing- masing. Habis hiruk pikuk satu rumah dalam malam yang gelap gelita dan sekeliling rumah kami yang sunyi. Tapi sayangnya, bukan piha yang menjadi mangsa telur tersebut. Tapi mereka semua, HAHA..terutama wanie dan linda, yang sampai muntah- muntah dan minta minyak angin kerana hanyir akan telur tersebut. Sangat melucukan.

Apa- apa pun, terima kasih AYNA, NAD, WANIE, LINDA dengan tak lupa pada KAK AISYAH yang sudi beri coklat Hershey Kiss!untuk piha malam tu...

4 MAC 2010

Perjalanan kami ke Genting bersama Hazwani, Nadia dan Fify dengan VIVA yang di sewa. Al- maklumlah, nama pun seorang student, tak mampu punya kereta sendiri, kereta sewa pun jadi lah. Namun perjalanan kami ke sana selama sehari suntuk adalah untuk mengambil gambar untuk projek majalah kami bersama bersama Madam G yang pada waktu tu mengelolakan kelas kami. Tapi, di sebalik itu juga, selain daripada untuk mengambil gambar adalah kerana keinginan piha yang kuat untuk menjejakkan kaki ke sana memandangkan piha tak pernah lagi untuk menghirup udara sejuk di atas puncak dan yang pasti ialah mencuba segala permainan yang ada. Ternyata setelah menjejak kaki ke sana, ternyata memang best dan Happening!!.terutama sekali menaiki ala roller coaster tu..sangat membuatkan nyawa nak tercabut.

8 Mac 2010

Fun raising 6B untuk sebelum program MotorShow kami di adakan. Pada waktu ini, kami sekelas sebulat suara untuk mengadakan jualan untuk mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan untuk program kami dalam subjek EVENT MANAGEMENT yang di kelolakan oleh Encik Dat. Kumpulan piha juga tidak ketinggalan untuk turut serta yang juga bertanggungjawab bagi mengumpul dana untuk projek yang akan datang. Kami, The Cucuk2 group semestinya menjual makanan ringan seperti cucuk, Burrito serta Spaghetti. Memang sangat laku dan mendapat perhatian dari kalangan student mahupun pensyarah kami. Terima Kasih!

15 Mac 2010

Sesi meng interview untuk projek majalah kami. Tak lupa keberangkatan Madam G yang akan ke Adelaide, di segmen kolum " MADAM G :MALAYSIA - AUSSIE ". Turut sama kami interview iaitu Abang Ayie, staff kanan Fakulti Mass Comm yang baru saja berpindah dari Unit HEP ke MassComm. Dan tak lain tak bukan interview DEKAN BARU Fakulti MassComm iaitu Prof Azimuddin ke Unisel. Selamat Datang.

20 Mac 2o1o

Kredit : Madam G ( Facebook )

Kami sekelas di bawah amanah Madam AA di beri tugasan untuk mengelolakan FareWell party untuk Madam G yang akan berangkat ke Adelaide, Australia untuk 3 tahun. Memang di akui, semasa madam G membuat pengumuman yang beliau akan berangkat bersama suaminya yang menyambung PhD di sana, agak berat kami untuk meninggalkan beliau pergi dan amat sedih memandangkan beliau mengaja kami pada waktu itu. Namun, itu semua adalah dugaan sementara di mana beliau telah pun meninggalkan pesan yang amat bermakna buat kami semua. Farewell Part yang di adakan D'Anjung di mana pada mulanya menghadapi kesulitan, namun ahli lembaga Exco, program pada malam itu dapat menyelesaikan sebaik mungkin. Madam G juga adalah pensyarah yang pertama piha jumpa di UNISEL dan menerangkan tentang selok belok UNISEL pada waktu itu. Walau pada mulanya, piha memandang wajahnya agak garang, namun itu semua hanya salah interpretasi. ternyata madam seorang yang baik, best! dan terutama sekali, murah dengan markah=).Alhamdulillah, segalanya selamat dengan sempurna. Madam G sekarang pun hampir beberapa bulan menajdi anak rantauan di negera orang. Kami, anak didik madam di Malaysia, sentiasa mendoakan Madam di sana happy.

26 Mac 2010

Happy Birthday Linda!!
Hari kelahiran yang ke 20!..sangat best pada malam itu dan pastinya! tiada lagi acara main pecah telur di situ. Cup Cake bersama mee siam menajdi hidangan pada malam itu. Sama seperti piha, kejadian yang tak di sangka oleh linda dimana kami membuat surprise kepadanya di mana ketika itu dia berada di tingkat atas didalam bilik. Sangat melucukan. Pastinya, segala kenangan kita bersama menjadi MOMENTOSHATIKU sepanjang hayat. Terima kasih linda kerana menjadi kawan terbaik. Peneman piha di kala sunyi. Linda seorang kawan yang pertama piha jumpa di Dewan Unisel sewaktu pendaftaran yang pada ketika itu, muka kami masing- masing agak toya...ekekek..

17 APRIL 2010

Shoot gambar untuk editor majalah kami iaitu TRANSEVO MAGAZINE.Dimana pada ketika itu

LINDA : EDITOR

SUPIHA : PHOTOGRAPHER

AINA : JOURNALIST

HAZWANI : DESIGNER

28 April 2010

Farewell Kak Aishah, Kak Yana dan birthday wanie yang di adakan di Pizza Hut, SACC MALL, SHAH ALAM. Kami serumah mengadakan majlis farewell untuk meraikan saat- saat terakhir housemate kami iaitu kak ecah dan kak yana yang akan pulang ke Sarawak setelah tamat pengajian nya sebagai seorang pelajar Degree Biotechnology di UNISEL. Jadi, kesempatan ini juga kami meraikan hari kelahiran wanie dalam satu majlis. Bak kata oarang, " senang satu jalan ". Kami membeli kek pandan pada ketika itu dan jamu beramai- ramai. Dan teringat pula pada "kanak- kanak genit" yang tak reti duduk "diam" tu. Sangat melucukan. ahaa..seperi biasa Surprise Party yang tidak di jangkakan oleh mangsa...=)

10 APRIL 2010

yeayyy!!..Tahniah untuk kumpulan A dan B! yang menjayakan Program Anitament dan 2 Wheels Carnival pada hari yang sama. Satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan dengan berbagai aktiviti yang di adakan tak kupa juga kehadiran Diana Danielle di majlis kami. Setelah penat lelah kami bersama berganding bahu membuat proposal, mencari sponsor dan sebagainya akhirnya membuahkan hasil dimana kesemuanya memperoleh A! dalam subjek Event Management di bawak kelolaan Encik Dat. Terima Kasih En Dat dan rakan sekelas!...walau Encik Dat tidak pernah lupa dengan perkataan " RILAX2 "..akhirnya berjaya di mana program kita semua di cover oleh majalah Remaja!..Congrate Guys!!..

25 JUN 2010

Festival Layang- Layang yang di adakan di Pasir Gudang dan kebiasaannya akan diadakan sekitar bulan Februari. Namun lain pula pada kali ini yang dia dakan pada bulan Jun 2010. Sama seperti tahun yang lepas, walau di adakan dalam bulan yang berbeza, namun sambutan yang di beri oleh komuniti sekitar kawasan Pasir Gudang tidak kurang hebatnya. Berbagai aktiviti di adakan di samping menerbangkan layang- layang di dada langit. Ini adalah antara acara tahunan oleh Pihak Pelancongan Negeri Johor sebagai salah satu insiatif untuk menarik pelancong asing mahu pun pelancong tempatan untuk datang ke Pasir Gudang, dan nikmati sendiri suasana permainan layang- layang yang juga turut serta daripada negara jiran mahu pun daripada negara eropah.

27 JULAI 2010

KIK atau pun Konvensyen Inovatif dan Kreatif yang wajib kami hadiri bagi keperluan subjek Writing For Media. Kami sekelas di tugaskan untuk membuat laporan dan membuat news hasil daripada KIK ini. Malah, ia bertujuan untuk melatih kami menulis berita. Tak banyak untuk di kongsi.

1 OGOS 2010

Hari yang amat penting bagi piha dimana pada hari ini merupakasn hari untuk membuat presentation bagi subject Effective Speaking. Kami di beri masa 15 minit oleh pensyarah kami iaitu Mr H untuk bercakap di hadapan kelas dengan teknik yang betul yang telah pun di ajar oleh beliau di dalam kelas. Tajuk yang di bawa piha pada hari tersebut ialah " KESENIAN KUDA KEPANG ". Salah satu permainan tradisional yang sangat terkenal di negeri Johor. Kalau bercakap tentang kuda kepang, pasti di kaitkan dengan permainan berunsur mistik daripada tanah jajahan selatan ini. Alhamdulillah, presentation piha membuahkan hasil apabila piha di beri markah sebanyak 9.5 daripada 10. Gaya pengacara yang di komen oleh pensyarah piha membuatkan piha semakin bersemangat. Tak lupa juga kenangan sewaktu rakan kelas menanyakan berbagai soalan yang di ajukan kepada piha. Terima kasih~~

7 OGOS 2010

pertama sekali piha nak ucapkan terima kasih kepada nad, sebab sudi temankan piha untuk ke Mid Valley berjumpa dengan rakan piha Zaleha. Antara kenanganyang tak dapat di lupakan pabila ketika kami hendak ke sana, train daripada Shah Alam ke KL Central sangat padat! dimana kebetulan hari tersebut ialah hari sabtu. Namun, keseronokan berjumpa dengan Zaleha melupakan segalanya. Sempat juga nad berkenalan dengan Zaleha dan kemudian kami menonton wayang bersama dan tak lupa makan Ice Cream!!!...

9 OGOS 2010

HAPPY BIRTHDAY NAD!!...haha...sekarang kau dah kena balik dengan aku!!. Itu semua hanyalah rancangan semata- mata untuk membuat kejutan untuk engkau. haha..yang pasti kek Coklat yang di buat khas oleh Kak Linda mengancam kan???!!...Tak lupa juga kepada ayna yang penat lelah memikirkan hidangan untuk malam hari jadi kamu iaitu Laksa Sardin yang enak lagi sedap! dan tak lupa juga hiasan daripada tangan piha yang mungkin boleh di jadikan calon menantu yang baik????..kekwat lak.!..semoga kau akan mengingati setiap apa yang berlaku semasa hari jadi kamu nad.

28 OGOS 2010

Alhamdulillah, sekali lagi terima kasih buat AYNA, NAD, WANIE DAN terutama WAN NASH yang sudi berbuka puasa dengan kami pada hari itu. Walau dalam hati sebenarnya agak berkecil hati bila Adam tak mahu join kita bersama. Terima kasih juga sampaikan kepada nenek Wan Nash yang menghulurkan sedikit wang untuk di belanjakan membeli makanan dengan tujuan berbuka puasa di Tasik Shah Alam. Tapi!..kenangan kita mencari port untuk berbuka menjadi slaah satu antara kenangan yang tak akan piha lupakan bila kita sama- sama penat dengan memunggah makanan setiap orang yang penuh di tangan!..Tak lupa juga kenangan piha membeli satu handbag!..Kita berbuka puasa dalam gtelap..namun tetap happening!!..MOMENTOS HATIKU!!

9 SEPTEMBER 2010

SELAMAT HARI RAYA!..Semoga di hari yang mulia ini akan mengeratkan lagi hubungan adik beradik antara kita. Tak lupa juga baut kenangan sewaktu kita bergambar bersama pasti akan mengulir 1001 kenangan bersama. InsyaAllah.

24 SEPTEMBER 2010

Sekali lagi piha berterima kasih kepada AYNA TAN!,,yang sudi menjadi model bertudung piha untuk projek advertisement piha. Ayna yang sanggup menjadi mangsa belitan tudung dari tangan piha dan semestinya MAKE UP! juga dari tangan piha sendiri. Dan kemudian itu, kita semua bergambar kenang- kenangan di LT2 bersama rakan daripada group A yang terdiri daripada Nad, Suzana, Thania, Asilah, Adam, Arip dan Azwan. Terima kasih sebab berkongsi tempat untuk kalian shooting video news dan piha shooting photography. Segala kenangan yang terukir semuanya menjadi kenangan yang indah belaka.

28 SEPTEMBER 2010

Tiba masanya kumpulan piha untuk shooting video news. Berpasangan bersama Hazwani membawa satu kenangan yang gembira. Tak lupa juga pasangan duet antara Linda dan Aina pada ketika itu. Turut berteima kasih kepada pemilik handycam, Azwan yang sudi memberi pinjam hak milik nya kepada kami berempat. Dan yang paling tak boleh di lupa ketika kita bergurau senda dan bergelak ketawa sepanjang shooting di adakan. Pasti ada saja error yang di lakukan terutama ketika membaca skrip di skrin laptop sehingga tergagap2. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar walaupun video yang selesai di edit tidak berada di tangan piha atas kemalangan yang berlaku lepas. InsyaAllah, kita akan berjaya...

7 OKTOBER 2010

Antara saat terakhir sebelum menghadapi peperiksaan akhir di UNISEL Shah Alam. Presentation Student Poject and Evaluation di adakan. Dan ingatkan AYNA, ANIS dan KAK NAILA tentang tajuk yang kita bersama bentangkan???..yang tak lain tak bukan E-LEARNING AS MEDIUM EDUCATION IN UNISEL SHAH ALAM. Segala perit getir kita lalui bersama. Segala reject proposal dan research yang telah kita buat emnjuadi batu loncatan untuk kita tampil Presentatio Terbaik pada hari tersebut. Terima kasih kawan2 atas kerjasama yang telah kamu berikan dan akhirnya membuahkan hasil pabila kita teripilih sebagai kertas terbaik semasa hari itu, wlaau pada mulanya kita tidak menyebelahi nasib pabila pada mulanya kita tidak terpilih untuk membentang hasiil yang kita perolehi. Tak lupa SJ aka Yusoff kerana mencadangkan kepada judges untuk kertas kami di pilih untuk di bentangkan pada hari yang telah lama kami tunggu. TERIMA KASIH juga kepada pensyarah terutama MR N yang memberi tunjuk ajar dan MADAM AA yang memberi kami semangat serta nasihat dan idea yang bernas.

21 OKTOBER 2010

Bowling time!!!...kenangan sebelum kita pergi manjalani haluan masing- masing. Tak lupa kerana bating antara piha bersama ADAM yang telah memberikan tuah kepada Adam kerana dia telah menang dalam bating tersebut. HAIIISHHHH!!!!!!!...

Penutup 2010

Segala kenangan pahit getir 2010 menjadi inisiatif untuk piha tampil dengan lebih baik dan mengajar piha di sebalik kehidupan yang piha lalui. Percayalah, kepada yang berkenaan, piha tidak akan sekali- kali menyusahkan kamu.

Selamat tinggal 2010,
Selamat tinggal segala kesedihan 2010
dan..datanglah kegembiraan 2011

AZAM 2011

  • PERMULAAN MENGUBAH NASIB SEBAGAI ANAK TIRI
  • MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG DI UITM
  • MEMILIH KAWAN SETELAH MELALUI PROSES SOCIAL PENETRATION
  • MENURUNKAN BERAT BADAN KE 55KG
  • MENGHILANGKAN JERAWAT DAN BINTIK DI MUKA ( masih mencari produk yang sesuai )

No comments:

Post a Comment