Thursday, December 30, 2010

KONG- KONG LAUT

Kong Kong Laut, dan semestinya bukan tempat yang berada dalam kawasan negara Hong Kong atau sebagainya. Menurut Wikipedia, Kong Kong yang dahulunya dikaitkan dengan sebuah kawasan persinggahan para pedagang yang membawa ikan serta hasil tangkapan yang lain bermula sebelum era perang kedua.

Petang tadi, sempat lah juga piha meluangkan sedikit masa bersama kawan sekelas piha merangkap rakan sekelas piha yang tak lain tak bukan kawan yang sering piha ceritakan iaitu Fatin, Atikah dan Zaleha. Walau sebelum ini kami bercadang mahu menonton wayang jika masing- masing berada di negeri selatan, malangnya, kekangan masa dan kewangan yang kurang membuatkan kami mengambil inisiatif untuk pergi bersiar- siar dan lepak di kawasan perkampungan kami sahaja.

Jarak antara kampung kami iaitu Felda Cahaya Baru sehingga ke Kong Kong Laut hanyalah 6km sahaja, jadi amatlah sesuai untuk kami meluangkan masa sebelum semuanya berangkat ke tempat pengajian masing- masing pada hujung minggu ini. Fatin yang masih belajar di KPJ Nilai, Negeri Sembilan dalam bidang Farmasi akan pulang ke sana pada 2 Januari 2011, lain pula dengan Zaleha yang masih belajar di KPTM Bangi, Selangor yang menuntut dalam bidang perakaunan akan pulang ke sana pada 6 Januari 2011. Berbeza dengan Atikah yang juga akan menaiki semester 5 pada semester hadapan di Bostonweb College, akan pulang ke Kuala Lumpur juga pada 2 Januari 2011, manakala yang terakhir sekali tak lain dan tak bukan semestinya piha sendiri akan pulang ke UiTM Shah Alam untuk menyambung Ijazah yang juga akan pulang pada 2 Januari 2011.

Cuti selama 2 bulan amatlah pendek masanya, pejam celik, pejam celik dah habis cuti. Begitu juga jangka masa 2 tahun setengah, sewaktu Diploma, sekejap saja rasa dah tamat belajar. Apa lagi kalau di bandingkan masa sewaktu zaman persekolahan, lagi lah..Sekejap sangat rasa diri ini dah besar, dah dewasa, kalau dulu zaman hingusan amatlah selekeh dan comot, tapi sekarang, masing- masing sudah berubah. Hai Dunia...cepatnya masa berlalu..semakin lama semakin cepat aku rasa diri ku ni menghampiri alam dewasa, tiada lagi zaman ke ana- anakan dan sebagainya. Selepas ini, lebih besar dugaan dalam hidup dan melalui alam pekerjaan pula.

Piha

Fatin

Zaleha

Atikah

Berbalik pada tajuk entri di atas, kami bertolak bersama Nissan Sunny pada pukul 5.00 petang sebaik sahaja selepas solat Asar dan terus menuju ke KFC yang baru sahaja di buka di kawasan Taman Cahaya Masai. Kami memilih set kegemaran masing- masing termasuklah piha yang membeli set JOM JIMAT, Toasted Twister bersama Cheezy Wedges. Tambahan, walaupun piha dengar pada mulanya dimana KFC di situ di jaga oleh pekerja bisu, namun pabila kaki sudah pun menapak disana, mereka ialah pekerja normal biasa. Namun, servisnya tahap " OK " sahaja, walau agak lambat sedikit terutama ketika meng " order " set Zaleha yang menginginkan Set X-Meal. Kemudian tak lupa juga pasangan MERPATI PUTIH yang duduk berhimpit macam belankas di khalayak ramai tanpa segan dan silu. Duduk terpegang sana, terpegang sini...

Selepas selesai, kami abaikan dan biarkan merpati yang sedang mengawan dalam KFC dan kami terus gerak ke Kong Kong Laut tepat jam 6.00 petang. Alamatnya memang maghrib lah kami di sana. Piha yang emmandu agak rakus tetapi bersahaja siap berceloteh dlaam kereta bersama rakan yang lain. Tak lama kemudian, kami tiba ke destinasi, terus! kami mencari port untuk menyantap makanan masing- masing. Piha yang pada mulanya bercadang untuk makan di tepi laut terbatal bila terlihat beberapa mamat asing duduk bersidai. Lantas, kami ke kedai yang tutup dan terus makan sambil di buai bayu laut petang yang sangat tenang dan SEJUK!




Setelah selesai, kami terus ke jeti untuk mengambil beberapa gambar semata- mata untuk di isi ke dalam blog ( ayat sangat jujur...=( ). Dan tak lama kemudian kami terus balik, memandangkan maghrib sudah menghampiri.




p/s : Dah lama tak ke Kong Kong, kalau dulu piha selalu ke sana dengan menunggang motosikal tanpa HELMET dan TANPA LESEN Honda EX5 piha yang dah lama hilang di curi itu. Namun, setelah polis selalu membuat rondaan, membuatkan kami jarang untuk ke sana kerana takut di tahan. Maklumlah, seperti entri yang lepas, piha sangat GABRA dengan polis. Sejak dari itu, kami jarang ke sana....=)

7 comments:

  1. WOW~ KONG2! hehe! follow u! support by me via MY FAMOUS LAST WORDS! follow u! kalo sudi, follow la balik~ :'P

    ReplyDelete
  2. kalau jalan-jalan ke kong kong lagi datang ke rakit sy..amik gambar..boleh post dalam blog..

    ReplyDelete
  3. =')..restoran rakit tu ke atau rakit ikan??..itulah..saya pun ada terfikir nak ke tengah laut tu..tapi tak tahu macamana nak sampai sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakit ikan..ada bela ikan..kawasan pun tenang je..tak sampai tengah laut..cuma rakit tu atas air lah..kalau nak naik bot sy ada bot..bgtau je bila nak kesana.ajak kawan2.nak bbq ke nak relax2 pun boleh.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Wah...sbut je psal kong-kong laut,aku jadi rindukan tempat kelahiran aku di estet lim-lim,bnyak yg brubah d kong2 n estet lim lim....

    ReplyDelete