Wednesday, December 29, 2010

PACKING

3 hari lagi sebelum melangkah ke satu tapak ke alam pekerjaan. Hari ni ialah masa untuk mengemas barang- barang dan susun ke dalam bagasi serta anak- anak beg yang tersedia. Dari bungkus yang terbesar hinggalah yang paling kecil. Daripada pakaian hinggalah ke barangan peribadi.

Terkadang, rasa sedih pula nak meninggalkan kampung, terutama nak meninggalkan abah bersendirian di rumah. Memang piha akui, pada mulanya ketika melihat keputusan permohonan ke UiTM tidak menyebelahi, hati ini sangat sedih, memikirkan apa kesipalan yang telah di buat dan sebagainya. Tpi syukur Ya Allah, itu hanyalah sementara ujian yang kau berikan pada piha bila piha di terima sebagai mahasiswi mereka. Gembira di hati tak terkata. Namun sekali lagi piha berasa sedih kerana tidak sanggup untuk meninggalkan abah keseorangan di rumah. 2 bulan bersama abah, menikmati makan bersama dan berbual membuatkan piha berat hati untuk pergi.

Piha sentiasa mendoakan kesihatan abah di sini. Semoga pemergian piha di negeri orang untuk menimba ilmu pengetahuan memberikan 1001 hikmah di masa akan datang dan membawa segulung kejayaan yang abah minta daripada piha. Piha berharap semoga abah panjang umur dan dapat melihat kejayaan piha selepas ini. Piha juga turut ingin memberikan sedikit kebahagiaan untuk abah.

Perjalanan pada hari Ahad, 2 Januari 2011 semakin menghampiri masanya. Mungkin perjalanan yang memakan masa selama 4 jam setengah akan bermula pada pukul 3 pagi pada hari yang sama. Semoga perjalanan bersama Nissan Latio akan selamat pergi dan juga selamat balik.

P/S : Terima kasih untuk Abah dan mungkin arwah emak yang mendoakan kejayaan piha dari sana telah merealisasikan impian piha. Tak lupa barisan pendidik dari rendah sehingga diploma yang memberkati ilmu yang telah di curahkan. Syukran Jazilan asatizah~

No comments:

Post a Comment