Thursday, December 23, 2010

AZAM 2010

Sedang enak membaca blog kontroversi Malaysia Uncle Seekers terhadap saman yang dijatuhkan ke atasnya, tiba- tiba terdetik hati piha dengan tahun 2010 hampir melabuhkan tirainya bermakna setahun lagi berlalu. Bila kita putar balik masa dalam tempoh setahun ini, apa yang telah kita buat. Ada juga yang sering menanyakan " apa sumbangan kita?? " dan tak krang juga yang menanyakan " Azam yang kita sematkan sepanjang tahun ni..dah terlaksana kah? "

Soalan piha sudah pun piha tanya dengan diri sendiri. Apa yang dah piha buat sepanjang tahun ni. Syukur azam yang piha listkan untuk tahun 2010 ni hampir kesemuanya tercapai. Terutama sekali untuk mengurangkan berat badan piha yang sebelum ni 85 kg ke 65kg.

18 tahun

20 tahun

Jujur piha katakan sebenarnya azam untuk menguruskan badan ni adalah azam lapuk piha yang sejak dari dulu lagi dan tak pernah terlaksana atas sebab faktor persekitaran yang tak dapat mengawal hawa nafsu makan piha. Piha yang sememangnya berbadan besar memang dari dulu lagi. Tidak hairan kalau memang piha gemuk sebab dari lahir lagi piha sudah pun 4.2kg. Dah pun serupa dengan berat anak dinasour. Tapi, alhamdulillah..berkat azam tahun ni agak kuat, piha mula berdiet dan berpuasa sebagai inisiatif dan alternatif untuk mengurangkan berat badan piha. Sokongan kawan- kawan juga tak pernah putus dalam memberi semangat untuk piha teruskan azam piha ini. Hampir setahun berdiet, mengurangkan makan berlemak, berminyak, akhirnya piha berjaya mengurangkan hampir 20kg. Azam ini juga akan piha anjak sehingga ke tahun hadapan 2011 untuk mengurangkan lagi 10kg untuk mencapai target 55kg.

Selain daripada itu, azam piha pada tahun 2010 juga untuk menjadi pelajar yang cemerlang juga boleh dikatakan " agak tercapai " kerana apa yang piha target ada yang tercapai dan ada juga yang tak. Bak kata orang kita selalu merancang, tapi tuhan yang menentukan berdasarkan kita punya usaha. Tahun ini piha akhiri pengajian piha di Unisel Shah Alam berbekalkan Diploma Komunikasi dan Media dengan CGPA yang agak membuat piha tersenyum pada awalnya tapi akhirnya agak turun sedikit daripada kedudukan awalnya. Jadi, bermulalah dengan pencapaian dan target yang baru untuk diri piha di tempat yang baru.

Diploma Komunikasi dan Media
UNISEL Shah Alam
Mei 2008 - Oktober 2011

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian ( Penyiaran )
Universiti Teknologi MARA Shah Alam
Januari 2011 - 2013

Pastinya bait kenangan sewaktu zaman diploma amat sukar untuk piha lupakan. Penat ellah para pendidik yang piha segani memberikan tunjuk ajar daripada piha sifar. Akhirnya piha turut bersyukur kerana mereka sudi juga menerima piha sebagai salah seorang mahasiswi mereka untuk piha realisasikan impian yang selama ini piha dambakan. Terima Kasih YA RABB.

Selepas ini..masih jauh lagi perjalanan piha sehingga piha nak mencapaikan azam piha untyk menjadi Pensyarah setanding dengan pensyarah yang lain. Tanpa mereka..siapalah kita

p/s : " list " azam 2011

2 comments:

  1. Good Luck piha..
    semoga kamu berjaya.
    teruskan perjuangan kamu
    kte akan doakan piha.
    ^_^

    ReplyDelete
  2. AYNA :

    Ayna..Good luck tu bukan tuju untuk piha sorg..tapi untuk ayna juga...seorang akwan yang sangat susah nak di cari ganti....tempat kiter luahkan perasaan, menangis dan ketawa...

    Thanks juga untuk ayna dan Good Luck untuk ayna...semoga ayna berjaya dalam apa yang ayna impikan...rezeki ada di mana2...kita sayang sangat kat ayna...lepas ni..entah pada siapa kiter nak mengadu domba...

    ReplyDelete