Sunday, December 26, 2010

AJL 25 ROADSHOW & GEMPAK ASTRO

Hari yang sangat membuat piha teruja dan sangat penat. Mana taknya, hari ni lah merupakan kali pertama dalam hidup piha melihat roadshow secara Live yang di adakan oleh pihak TV3 di Kompleks Pasir Gudang, Johor, dimana mereka mengadakan RoadShow Anugerah Juara Lagu 25 untuk para finalis yang berjaya ke peringkat akhir tidak lama saja lagi iaitu bulan Januari 2011. Jadi, ini merupakan salah satu daripada kempen mereka, untuk peminat mengundi lagu manakah yang akan di jangkakan menang dan berjaya di nobatkan sebagai Juara Lagu 2010. Tambahan pula, pada hari yang sama juga turut di adakan Gempak Astro yang diadakan di Bukit Layang- Layang, Pasir Gudang. Oleh sebab yang demikian, menjadi langkah kanan kamilah untuk pergi kedua- dua tempat sekaligus.

Dengan perasaan yang sangat teruja selepas melihat promo di kaca televisyen setiap hari membuatkan piha terpanggil untuk pergi ke konsert Roadshow yang diadakan pada siang tadi. Lagi pun inilah kali pertama piha melihat live para artis di kawasan tempat tinggal piha, al maklumlah, sebelum ni tidak berpeluang dengan sebuk hal sekolahnya dulu. Jadi, Piha bertolak bersama rakan sekampung lebih kurang pukul 11. 30 pagi sebaik sahaja menyiapkan kerja rumah. Piha di temani bersama rakan piha Zaleha, Fatin dan Dila pergi ke sana dengan seawal yang mungkin, risau juga kalau tiada tempat parkir. Setibanya kami di sana, kami pergi makan dan lepas tu berpatah balik ke pentas utama.

Sambil menunggu para artis datang, para peminat setia di hiburkan dulu dengan asakan soalan yang di sediakan. Siapa yang dapat jawab, adalah habuan yang di beri oleh mereka. Piha tak " participate " pun. Alah..itu semua permainan untuk budak- budak..hihi..tapi sebenarnya cemburu juga tak dapat hadiah macam orang lain dapat.

Tak alma kemudian para artis tiba, sorakan para peminat sungguh membuatkan kompleks Pusat Bandar bergema. Tapi lagi sekali piha tak bersorak pun. keh3...tak berapa minat sangat..piha datang semata2 nak melihat penyanyi kegemaran piha semenjak piha kecil dulu..tak lain tak bukan TOMOK, dan piha teringin nak dengar suara para artis menyanyi secara live di atas pentas.

Semakin lama, semakin ramai para peminat yang hadir. Keadaan bertambah sempit. Suasana pun semakin panas. Piha antara beratus peminat yang hadir pun sama berasak2 di bawah pentas untuk sama melihat para artis yang akan membuat persembahan sebentar saja lagi. Tapi, nasib piha tak berapa baik sebab piha hanya dapat duduk di bawah speaker yang membuatkan telinga piha sakit sebelah penjuru kiri pentas. Namun, itu masih tak mematahkan semangat piha untuk melihat Tomok beraksi di atas pentas.

Konsert di mulakan dengan ngomelan dari Faisal Ismail dan Faiz sebagai pengacara majlis. Lawak mereka yang tak kering gusi membuatkan para penonton lupa seketika akan kepanasan yang sedang di rasa.

Tak lama kemudian, kumpulan Meet Uncle Hussein membuat persembahan dengan lagu mereka, bersama Black.

Kemudian di selangi dengan soalan kepada para penonton dan di teruskan dengan persembahan Ana Raffali dengan lagu yang akan di pertandingkan iaitu, Tolong Ingatkan Aku dan lagu Kalau Berpacaran yang di dendangkan bersama Black.

Persembahan di selangi lagi sekali dengan persembahan daripada OTAI yang tak lain tak bukan Nash. Lagu Pada Syurga Diwajahmu menjadi halwa telinga. Vokal yang sangat mantap dan maintain bersahaja membuatkan para penonton teruja dengan persembahan beliau.

Ia di teruskan lagi dengan persembahan mantap daripada Black.

Boleh di katakan antara banyak persembahan artis, persembahan Black yang berpengaruh. Ternyata para penonton minat dengan nyanyian Black. Piha rasa ini juga merupakan kali kedua Black turun ke Johor Bahru selepas program Jom Jalan bersama PLUS di TV3 yang turut diadakan di Pasir Gudang. Black juga gembira melayan para penonton yang hadir teruatama sekali ketika menyakat adik kecil yang berbogel tak pakai baju tapi berseluar ini. haha...Geli hati piha di buatnya bila budak lelaki kecil tu mencebik nak menangis bila Black menyakatnya. Black menyampaikan lagu Sofea Jane, Aku Rindu Sayang Kamu dan Leya.

Faizal Tahir beraksi selepas itu bersama lagu Hanyut. Sorakan paling gemuruh di berikan oleh peminat. Ternyata aura Faizal Tahir bukan calang- calang. Kemantapan vokalnya membuatkan beliau ramai peminat. Tapi...tak lupa dengan trademark nya " baju superman "...

Piha tak menunggu lama sehingga konsert habis kerana kami nak ke Bukit Layang- Layng pula untuk melihat aktiviti Gempak Astro yang sedang di jalankan seawal 10 pagi tadi. Selepas penat duduk bersimpuh di atas lantai, akhirnya penyanyi pujaan piha muncul tampil ke atas pentas yang tak lain tak bukan Tomok. Berbaju kemeja biru di tambah dengan persembahan dan vokal yang mantap membuatkan para penonton menjerit dan turut menyanyi bersama. Tak lupa juga lagu daripada album pertama nya iaitu Sejarah Mungkin Berulang mengimbau kembali sejarah lama mereka sejak awal pembabitan mereka ke persada seni ini. Ternyata berbeza suara beliau ketika berumur 15 tahun dan 26 tahun sekarang. Sangat matang terutama sekali selepas beliau di nobatkan sebagai Juara One In A Million.

Dan ini lah membuatkan pihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

tersenyummm..=)

Jadi selepas sahaja Tomok membuat persembahan, kami terus ke belakang pentas kalau lah nasib menyebelahi untuk piha bergambar bersama Tomok, tapi sayangnya...peminatnya begitu ramai..semua berebut2 nak mengambil gambar bersama beliau. Jadi kami sahaja yang mengambil gambar di belakang pentas.

Seterusnya, terus kami keluar dari tempat yang sempit tu bersama Dila

Fatin

dan Zaleha menuju pula ke Gempak Astro Revo bertempat di Bukit Layang- Layang, Pasir Gudang

p/s : Gempak Astro Revo di entri yang seterusnya!

No comments:

Post a Comment