Kredit : Wikipedia
Seharian, Fatin menemani piha ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang untuk membuat X-Ray sepertimana yang dijanjikan oleh pihak Klinik Kesihatan Masai minggu lepas yang meminta piha untuk ke Bahagian X-Ray Pasir Gudang kerana kekurang fasiliti di sana. Piha yang semakin lama semakin resah bila hari ini juga merupakan hari kedua piha membuat medical check up yang masih tak siap sampai sekarang.
Setibanya kami di sana, kami terus menuju ke bilik operasi X-Ray. Syukur juga kerana tak begitu ramai orang yang menunggu. Sebaik sahaja lepas sorang adik yang juga membuat X-Ray, tiba giliran piha. Agak terkejut juga bila assistant yang ditugaskan itu adalah seorang LELAKI!!..piha pun tersenyum sinis ke arah fatin yang memandang piha. Jadi dengan muka yang selamba, piha terus masuk ke dalam bilik tersebut dan assistant itu menanyakan beberapa soalan terutama soalan yang SENSITIF!
Assistant
Bila last period??
Piha
err...bulan lepas ler...tarikhnya @# hari bulan @#$%
Assistant
Tak mengandung eaa??..dah kahwin belum???
Piha
Saya study lagi lah encik!..sudah tentu BELUM!
Assistant
Yer la..kadang- kadang, pelajar yang study ni lah yang cepat kahwin...( senyum sinis )
Piha
( Wudda heaven...@#$%^&*!!!! )
Piha terus menyalin pakaian yang di sediakan dan mengabaikan soalan yang di tanya dengan awan yang pilu...pppheew
Damn!jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30 tengah hari bermakna sekarang dah dekat dengan Lunch Hour!..Piha bercadang dengan Fatin untuk kami menuju ke Tesco dahulu sebelum menyambung check up piha di Klinik Kesihatan Masai. Selepas assistant tadi memberi filem X-Ray piha, kami terus menuju ke tempat parkir kereta dengan pantas. Tiba- tiba....ada seorang pakcik menghampiri kami :
Pak Cik
U....
Piha dan Fatin
Huh..???( tercengang )
Pak Cik
Nak ke Klinik Masai ke??
Piha
ammm...Yerp pak cik..
Pak Cik
Boleh tumpang??..U nak ke Klinik sekarang tengah waktu makan...
Piha
mmm....( piha pandang fatin dengan 1001 serba salah dan pak cik tu terus ke perhentian bas di hadapan klinik kesihatan tersebut)
Piha yang pada mulanya agak takut untuk menumpangkan orang yang tak di kenali akhirnya piha tepis perasaan negatif piha, kerana piha kesian dengan pak cik yang keseorangan menunggu bas yang entahkan bila akan sampai.
Piha mempelawa pak cik tersebut untuk naik ke dalam kereta piha lagi pun tak salah untuk piha menumpangkannya kerana kami akan pergi ke tempat yang sama. Dalam kereta kami berborak dengan berbagai soalan yang tanya sehinggakan dalam hati piha terdetik ke mana agaknya anak pak cik ni, sehinggakan membiarkan ayahnya berjalan berseorangan dan berjalan kaki jauh- jauh sampai ke sini..????..Kemudian kami menurunkan pak cik tersebut di hadapan kedai makan atas permintaannya.
Kmi meneruskan perjalanan ke Tesco untuk mencari sedikit barang keperluan piha yang masih kurang iaitu beg kuliah. Memandangkan beg kuliah piha semasa belajar di UNISEL dulu dah pun kotor dan tercabut. Piha membuat survey di sekitar dalam Tesco dan akhirnya tertarik dengan beg yang jual di Fabiano Ricco. Warna merah jambu menjadi pilihan.
Selepas itu, kami terus makan tengah hari di D'Kampungku, sebuah restoran yang menggantikan The Chicken Rice Shop Restaurant. Memandangkan ini adalah pertama kali kami menyinggah di D'Kampungku, kami nekad untuk mencuba makan di sini kerana tertarik dengan dekorasi dan terutama sekali pelanggan yang ramai. Kami memilih port di bahagian atas iaitu tempat yang boleh duduk bersila. Piha dan Fatin pun mengambil kesempatan untuk mengambil gambar berlatar belakangkan dekorasi wallpaper bermotifkan kampung.
Tak lama kemudian, Nasi Goreng USA bersama Ice Cappucino menjadi santapan piha
dan Nasi Goreng Daging Merah dan Air Laici menjadi santapan fatin
Selepas selesai makan, kami duduk berborak dan tiba-tiba fatin mengejutkan piha bila terjumpa dengan bekas kawan sekelas kami sewaktu sekolah rendah dulu. Siapa orangnya.....haha..terus segar ingatan sewaktu kami kecil- kecil hingusan dulu..Ahhh!!....
Kami terus keluar selepas itu untuk ke Klinik Kesihatan Masai. Alangkah penatnya apabila assistant kesihatan tersebut menyuruh piha keluar balik untuk check gigi dahulu sebelum berjumpa dengan doktor. Sudahlah kami kekenyangan, di suruhnya pula berjalan keluar, memang sesuai sangat untuk membakar lemak2 daging yang kami makan tadi. Terus piha dan fatin berjalan kaki ke klinik gigi seperti yang di arahkan. Piha sangkakan klinik gigi itu dekatlah, rupanya JAUH!..kalau piha tahu baik drive kereta sahaja nak ke sana. Bertuah betul!
Nasib baik tak ada orang, jadi sekejap sajalah di sana. Lantas kami naik semula ke klinik kesihatan. Penatnya, hanya tuhan saja yang tahu. Tekak pula sudah mula untuk haus. Setibanya di klinik kesihatan, terus kami ke Klinik Ibu Mengandung yang membuatkan piha terkejut kerana medical check up akan di adakan di sana. Sekali lagi kami terkejut bila nombor giliran piha sangat jauh. Agak 2 jam menunggu, akhirnya, nurse meminta piha untuk datang pada hari rabu kerana hari isni dan selasa penuh dengan IBU MENGANDUNG. Sangat subur warga Johor!
Tanpa melengahkan masa, kami terus melulu keluar sambil bercerita dengan fatin dan berangan bila tibanya waktu kami untuk turut serta dengan ibu yang membuat medical check up masing- masing. SANGAT TAK DAPAT DI BANYANGKAN..apabila di sana, dalam ramai- ramai ibu yang mengandung terselit seorang kawan sekolah kami sewaktusekolah menengh yang turut bakal menjadi IBU!OMG!!..cepatnya jodoh kamu..Apapun semoga kamu akan selamat bersalin dan gembira dengan baby yang bakal lahir.
Dan...kami terus balik....
p/s : Thanks fatin...
No comments:
Post a Comment