Tuesday, January 11, 2011

REKOD HAYAT

Akhirnya piha dapat menambah satu lagi rekod kampus piha selepas terjatuh dengan keadaan malu sehingga seluar terkoyak di hadapan Restoran Khulafa, dan kini piha telah berjaya menakhluk Menara SAAS, UiTM dengan menaiki tangga sehingga ke tingkat 13!!!...LEVEL 13!! menuju ke Bilik 4, iaitu lokasi Fakulti Komunikasi Massa yang lama. Perasaan??...usah di tanya, pasti semua tahu akan jawapannya, TENTULAH PENAT!

Lenguh kaki dan berpeluh..hanya tuhan sajalah yang tahu betapa letihnya. Ini semua gara- gara lift yang hanya boleh digunakan hanya satu lift sahaja berbanding ada 3 lift pada mulanya. Jam mulanya sudah tepat pukul 8.15 pagi, kelas piha bermula pada pukul 8.30 pagi. Kalau boleh, untuk kelas pertama bersama Dr. ini tak mahulah datang lambat ke kelas, dan di sebabkan piha takut di halau dari kelas, piha mengambil inisiatif terakhir dengan bertekad menaiki tangga sehingga ke tingkat 13!

Setiap aras piha akan countdown berapa banyak lagi tingkat yang perlu piha naik. Satu demi satu tanpa henti piha terus naik sehingga ke tingkat 13, kalau lambat lagi lambat tiba ke bilik kuliah=)..jadi nak ke tak hendak, kena hendakkkan juga.

Piha akui, sepanjang piha menaiki tangga tu macam motivasi dalam diri pula. Mengapa?..sebab piha dapat belajar dari situ, tak semua dalam hidup kita ni boleh di lakukan dengan jalan mudah ibarat Lift tu lah, sesekali kita juga perlu melalui jalan sukar sedikit agar boleh mematangkan diri kita sendiri, kira ibarat menaiki tangga tu lah.

Jangan selalu mengharapkan kesenangan dalam hidup

Jadi, kesimpulan dari pengajaran yang piha peroleh dari hari ini juga ialah, jangan lah memakai kasut bertumit tinggi ketika menaiki tangga, kerana ia akan menyebabkan PUTUS di pengakhirannya, seperti kasut piha...

Tetapi, hari ini juga merupakan hari yang paling gembira di sebalik musibah pagi tadi yang melanda piha bila piha dapat berjumpa dengan Madam AA di UITM tadi. Secara kebetulan madam ada meeting di sana, sangat berharga pesanan madam untuk piha, dan piha tak sangka=), Terima Kasih madam AA, madam G, Madam Ad, En. N, En. D, Mr. H, En. A, dan semuanya..

ilmu lah harta yang tak akan terlupus hingga ke akhirnya.

PROFESSIONAL!!


No comments:

Post a Comment