Monday, January 10, 2011

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Kredit : Google.com

Sangat penat semalam, seharian berjalan membawa rakan sebilik berpusing dan juga meronggeng ke serata Jusco Bukit Raja ( dekat saja ) untuk menonton movie iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah. Pada mulanya piha yang hanya mahu membeli majalah fotografi memandangkan semester 1 ini, ada subjek yang memerlukan teknik fotografi, jadi untuk menambah ilmu di dada di samping ilmu yang di berikan oleh Madam AA semasa di UNISEL dulu, piha mencari majalah yang berkaitan dengan fotografi sebagai tambahan dan melihat skill para fotografer yang professional mengendalikan kamera DSLR masing- masing.

Perancangan awal, piha inginkan buku yang memang mengumpulkan gambar- gambar hasil daripada tangan para professional, tapi perancangan itu tidak menjadi kerana harga yang sangat mahal, dan melebihi bajet untuk membeli buku rujukan yang lain. Akhirnya, hanya majalah yang menjadi pilihan piha, tambahan piha boleh beli every week untuk melihat perkembangan teknik dan gambar yang terkini.

Jadi, tepat pukul 11. 30 pagi piha bersama roomate piha iaitu Sha atau Shana pergi berdua, di amna yang lain iaitu Ama dan Izah punya hal masing- masing, kami menunggu teksi dan setibanya di sana terus meuju ke Kedai buku yang terdapat di Jusco tersebut. Buku DIGITAL CAMERA MAGAZINE menjadi pilihan piha. Content yang sangat menarik di mana setiap gambar, terpapar ISO, kelajuan shutter speed serta aperture setiap gambar tersebut. Jadi, boleh lah piha mencuba sendiri dengan menggunakan kamera piha.

Kami menikmati makanan di MCDonald dan set Big Mac menjadi pilihan piha walau pada mulanya Prosperity yang piha fikir sejak di kolej lagi. Sementaranak menunggu wayang kami pada pukul 1. 45 petang, kami duduk sambil makan di sana sambil berborak- borak sehingga pukul 1. 30 petang, baru lah kami gerak ke penggung wayang balik.

Hantu Kak Limah Balik Rumah menjadi pilihan kami, kerana cerita daripada rakan yang lain mengatakan bahawa cerita tersebut sangat seronok dan menghiburkan. Tapi, setelah melihat sendiri cerita itu, memang menghiburkan dengan lawak daripada Awie tetapi ada sedikit ketidaklogikan di situ dimana Kak Limah tu ialah seorang yang gila dan boleh terbang seperti hantu. Haiyaaa...tipah tertipu. Ia juga sambungan dari kisah Zombie Kampung Pisang...

Pukul 3.30 petang lebih kurang, cerita habis terus kami berjalan- jalan sekitar Jusco. Adalah beberapa gambar kami ambil.=). Tidak ketinggalan bershopping kasut serta Baju kemeja=). Jusco sedang SALE sekarang.

Baik, setakat ini, piha dah boleh survive untuk berdikari sendiri di sini, walau pagi tadi piha terpaksa berpisah bersama senior piha dari UNISEL kerana jadual dan kumpulan yang telah di rombak mengikut kumpulan. Di samping itu, piha yang tetap kekal dslam Group B sejak dari UNISEL lagi walau pada mulanya piha berada di group A dan sememangnya mengidamkan untuk berada di Group B. Tidak mengapa, yang mana- mana pun sama dan yang penting, piha kena mencari rakan belajar yang baru=(

p/s : Gap kelas B sangat jarak=(


No comments:

Post a Comment