Kredit : Google
Piha nak ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN kepada
MADAM GINA
atas hari kelahirannya yang jatuh pada hari semalam. Madam, terima kasih di atas segala ilmu yang di curahkan tanpa penat lelah, nasihat yang amat berguna serta kata- kata semangat yang tak pernah putus baik untuk kami sebagai pelajar madam dan terutama sekali untuk piha. Walau madam jauh berada di rantauan, namun..tak pernah sedikit pun di lupakan. Malah, setiap kata- kata yang di luahkan di dada laman komuniti sosial sentiasa menenangkan kami disini, sekurang- kurangnya kami tahu akan perkembangan madam di sana. Semoga di hari kelahiran madam juga akan membuatkan madam bertambah gembira di samping keluarga.
I LOVE U SO MUCH
Hari ketiga dan malam kedua piha berada di dalam kampus yang masih lagi belum membuatkan perasaan piha tenang dan " comfort ". Setiap malam pasti air mata akan mengalir. Entahkan piha sedih tak dapat berjumpa kawan, suasana belajar di tepat yang lama atau pun sememangnya piha seorang yang " cengeng ". Memang piha akui sekarang, piha masih lagi pergi ke kelas berseorangan, dan kadangkala bersama kawan se kolej. Tak ubah juga situasi di dalam kelas, pun begitu juga, Piha masih lagi mencari kawan yang boleh membuatkan piha rapat bersamanya. Setakat ini hampir 3 kali piha bertukar kawan untuk bersembang, bukan kerana piha memilih kawan, tapi mungkin ini lah yang di katakan sebagai langkah berjaga- jaga untuk kemudian hari. Piha tak nak perkara yang lepas berlaku balik pada diri piha. Cukuplah dahulu.
Piha akui, sekejap piha sembang dengan orang ni, sekejap orang itu dan sampaikan ada seorang teman yang menanyakan pada piha
" Awak..awak tak ada kawan ker?? "
ya..memang piha akui, piha memang tiada " kawan ".
Piha tengok memang sekarang mereka yang lain sudah pun mula berkelompok. Bak kata lain, ada geng lah. Mungkin mereka yang mengikuti orientasi, membuatkan mereka rapat. Tak hairanlah...dan tak kurang juga bila piha start nak berkawan dengan dia tapi tidak sekepala dan sebagainya.
Namun, syukur sebab piha tak sangka yang satu kelas piha ada seorang senior yang turut dari Unisel. Seorang senior perempuan yang membuat presentation dan menjadi Presenter semasa kelas 6B mengendalikan presentation mereka. Mungkin selepas ini kami akan duduk bersama.=)dan tak lupa lagi 2 orang senior lelaki yang sama baru masuk bersama piha pada tarikh yang sama...walau semasa piha menjadi junior mereka, piha tak pernah bertekur walau sepatah perkataan pun, tapi akhirnya di sini, kami berjumpa juga..syukur Allah, sekurang- kurangnya ada seorang teman yang menemani piha di sini. Wakil UNISEL..
Tatkala abah telefon piha malam semalam dan menanyakan khabar piha, sekali lagi tak dapat menahan air mata,teresak- esak menjawab soalan abah. Begitu juga bila piha melangkahkan kaki ke Unisel tengah hari tadi, sayu melihat wajah Madam AA. Air mata memang tak dapat nak lindung lagi. Air mata berjurai- jurai jatuh hadapan pelajar junior. Malu pun malulah..tapi itulah piha yang sebenar. Sangat sukar nak melupakan. Ternyata rindu piha pada UNISEL sangat kuat. Rindu akan cara pengajaran para pensyarah semua..sangat merindukannya..
Bernasib baik bila FACEBOOK yang masih menyatukan kami
piha...sabar..wanda still kat unisel klo nak jmpe bleh jer k.. kite pon leh hangout n makan2 same k... i will be there if u need me k.. smile... =))
ReplyDeletehuwaaaa...wandaaaa...hmmmm...=(tu lah wanda....yok wanda...
ReplyDelete