Kredit : Google
2 hari 1 malam menambah semangat dalam diri piha. Walaupun masa untuk berada di sana singkat, tetapi banyak perkara telah mengajar piha untuk menempa hidup yang lebih matang dan PROFESSIONAL!. Memang piha akui, pada mulanya, piha sangat berat hati untuk ke sana, yelah...piha juga akui, diri ini sangat pengecut dan kurang keberanian untuk berkhemah di dalam kawasan hutan. Malah paling jauh yang pernah piha pergi pun ahnyalah di Tanjung Piai, Pontian, Johor. Namun, sikap itu piha cuba pinggirkan dan menambah spirit baru dalam diri piha untuk " aku mesti mencuba benda yang baru "
Alhamdulillah..pagi sabtu bersamaan 29 Januari 2011, pagi yang redup membenarkan kami untuk bertolak ke Gunung Datuk dengan selamatnya. Kami berkumpul di perhentian bas Kolej Teratai 2 tepat jam 7.15 pagi. Masing2 berangkut barang di dalam beg. Sebelum itu, kami di minta berada di dalam barisan untuk dibahagikan ke dalam PLATUN, dan piha adalah di dalam kalangan PLATUN 5 yang terdiri daripada 13 anggota atau ahli kumpulan. Mujurlah ada lagis eorang wakil penyiaran yang turut sekumpulan dengan piha, Anis yang sangat manis orangnya.
Tidak lama kemudian, kami bertolah lebih kurang pukul 8.30 pagi dan lebih krang 2 jam setangah kami tiba di kawasan pergunungan. Didalam perjalanan, kami diminta untuk berlatih koman lapor diri kepada komander yang bertugas :
ASSALAMUALAIKUM KOMANDER
NOMBOR 5 PLATUN
KEKUATAN 13 ANGGOTA
3 SISWA, 10 SISWI
KEKUATAN PENUH KOMANDER
dan menyanyikan lagu DARAH KESATRIA
dah tidak lupa mengenalkan diri masing2 di dalam bas. Kami para peserta kem ada juga yang berlainan course walau di bawah satu fakulti. Perjalanan menuju ke kaki bukit Gunung Datuk agak mencabar pabila bas UITM cuba menaiki dan meredahi jalan yang agak bengkang bengkok dan sedikit berliku. Mujur kenderaan pacuan 4 roda yang baru hendak menuruni kawasan bukit gunung boleh undurkambali ke atas memberikan ruang untuk bas kami.
Setibanya kami disana, kami terus memasang khemah dan solat. Kami memulakan aktiviti pertama dengan membina bendera Platun, Cheers dan juga sketsa. Kami yang juga kumpulan David Teo perlu melakonkan sketsa berkaitan dengan PENDEKAR BUJANG LAPOK. 1001 karakter bermain dalam fikiran piha dan kawan yang lain. Kami masing2 mula memainkan peranan untuk merekacipta bendera, cheers serta sketsa yang akan di adakan pada malam nya.
Walaupun cheers kami ala2 cheeleading tapi kami berjaya juga. Malam itu, hujan turun dengan lebatnya, keadaan di sekeliling kawasan pergunungan sangat sejuk. Khemah juga turut basah. Pada mulanya, sebaik sahaj tamat mempersembahkan sketsa kami pada malam itu, kami terus dia rahkan untuk bersiap sedia untuk melakukan nightwalking yang telah di atur para komender. Sepatutnya nightwalk itu di adakan. Tetapi, menjadi kejadian lainpula. Piha tak sangka yang pada malam itu kami di kejutkan dengan satu kejutan yang berjaya membuatkan piha mengalirkan air mata dengan derasnya!!. Piha memang tak sangka yang kami telah dikenakan pada malam itu..
Kami di tuduh dengan salah seorangd aripada kawan kami telah menguruk komander dengan panggilan KOMANDER SAMPAH. Kami semua tidak mengaku, memang tiada seorang pun yang mengaku..Piha dalam hati mulanya sangat sakit hati bila sanggup seorang pun yang memanggil dengan komander sampah itu mengaku. Sehinggakan kami di paksa untuk berdiri dengan sebelah kaki, angkat tangan dengan lurus dan duduk separuh. Penat?Sakit? Padan muka?..memang tak sanggup...tak lama kemudian, komander memanggil 2 orang perempuan dan menyatakan bahawa mereka adalah pesalah. Nama mereka piha tidak ingat dan komander menyuruh kami untuk mendenda mereka.
Kami semua hanya mendiamkan diri...................tiba2...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
Rupanya kami semua telah dikenakan dengan kejutan hari lahir!!!....semua menangis..dan 2 orang perempuan yang dipanggil itulah hari jadi mereka yang jatuh pada malam itu!!!!!!!!...piha pun turut mengalirkan air mata. Kami dimaki, di marahi dan bermacam lagi....sangat tidak menyangkakan kejadian tersebut.
Rupanya kami dilakukan sebegitu adalah bersebab kerana untuk memotivasikan diri supaya tidak mementingkan diri sendiri dan sebagainya. Kemudian kami balik tidur dan berehat. Nightwalk tidak dilakukan kerana hujan dan jalan agak licin.
Keesokan harinya hujan semakin menjadi2. Kesemua aktiviti terpaksa dibaalkan dan kami semua hanya bermain indoor. Bermacam game yang dimainkan terutama bermain
SEKUPANG2
DUA KUPANG2
TIGA KUPANG2
SERINGGIT
laju2..sehingga senak perut piha gelak..
selepas itu kami beramah mesra bersama komander dan melipat khemah..
solat
balik...
Kenangan yang menggembirakan. walau hanya dalam masa yang singkat, banyak yang piha pelajari terutaam menambah rakan...
p/s : ada seorang groupmate piha yang lahir pada tarikh yang sama, hospital dan masa yang sama!!!