Friday, January 7, 2011

Countdown For Tomorrow

Hari Jumaat, tiada kelas untuk hari ini sehingga ke minggu hadapan. Tadi, semasa piha pergi menemani rakan sebilik ke BSN di PKNS Shah Alam untuk membeli nombor PIN untuk PTPTN, dan kemudiannya kami ke Plaza Alam Sentral dan SACC Mall, teringat pula kenangan lama.

Thursday, January 6, 2011

BERTAMBAH BAIK

Hari keempat berada di sini membuatkan hari menjadi bertambah baik. Alhamdulillah..sedikit demi sedikit mengajar piha 1001 perkara. Talian perkenalan antara piha bersama rakan kelas agak baik, mereka sangat sporting walau pada mulanya suasana yang sememangnya membuatkan piha serba serbi janggal di sini.

Tamat sudah kelas untuk minggu ini, tiba masanya untuk menunggu sehingga minggu hadapan. Jadi mulai sekarang, jadual belajar akan di buat sebaik mungkin untuk membahagikan antara masa belajar dan masa- masa yang lain. Tak kurang juga rakan bilik, piha dan mereka juga sudah mula untuk berbual dan ketawa bersama- sama walau pada mulanya kami hanya berdiam. Sepatah di tanya, sepatah di jawab.

Tambahan pula pensyarah yang mengajar kelas piha adalah pensyarah yang sama mengajar pensyarah piha=)...Sangat bangga


p/s : UiTM sangat berbukit bukau,

Wednesday, January 5, 2011

SETTLE HAL

Hari ketiga berada di sini, keadaan yang bertambah baik dari semalam dan semalamnya lagi. Kelas kedua bersama prof. membuatkan piha bertambah yakin berada di kawasan yang serba serbi baru. Intro. to Comm and Media study membuatkan seolah- olah kami berdua dari Unisel seolah- olah senior di situ. Soalan sering di ajukan kepada kami.

Selain itu, di samping sibuk dengan kelas, tak kurang juga 2 minggu yang pertama ini, piha sibuk dengan membuat penangguhan pembayaran pinjaman derta Credit Transfer.

p/s : Ada co-curiculum, kene kawad!!...

Tuesday, January 4, 2011

MISS LONELY

ISS
Kredit : Google

Piha nak ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN kepada

MADAM GINA

atas hari kelahirannya yang jatuh pada hari semalam. Madam, terima kasih di atas segala ilmu yang di curahkan tanpa penat lelah, nasihat yang amat berguna serta kata- kata semangat yang tak pernah putus baik untuk kami sebagai pelajar madam dan terutama sekali untuk piha. Walau madam jauh berada di rantauan, namun..tak pernah sedikit pun di lupakan. Malah, setiap kata- kata yang di luahkan di dada laman komuniti sosial sentiasa menenangkan kami disini, sekurang- kurangnya kami tahu akan perkembangan madam di sana. Semoga di hari kelahiran madam juga akan membuatkan madam bertambah gembira di samping keluarga.

I LOVE U SO MUCH



Hari ketiga dan malam kedua piha berada di dalam kampus yang masih lagi belum membuatkan perasaan piha tenang dan " comfort ". Setiap malam pasti air mata akan mengalir. Entahkan piha sedih tak dapat berjumpa kawan, suasana belajar di tepat yang lama atau pun sememangnya piha seorang yang " cengeng ". Memang piha akui sekarang, piha masih lagi pergi ke kelas berseorangan, dan kadangkala bersama kawan se kolej. Tak ubah juga situasi di dalam kelas, pun begitu juga, Piha masih lagi mencari kawan yang boleh membuatkan piha rapat bersamanya. Setakat ini hampir 3 kali piha bertukar kawan untuk bersembang, bukan kerana piha memilih kawan, tapi mungkin ini lah yang di katakan sebagai langkah berjaga- jaga untuk kemudian hari. Piha tak nak perkara yang lepas berlaku balik pada diri piha. Cukuplah dahulu.

Piha akui, sekejap piha sembang dengan orang ni, sekejap orang itu dan sampaikan ada seorang teman yang menanyakan pada piha

" Awak..awak tak ada kawan ker?? "

ya..memang piha akui, piha memang tiada " kawan ".
Piha tengok memang sekarang mereka yang lain sudah pun mula berkelompok. Bak kata lain, ada geng lah. Mungkin mereka yang mengikuti orientasi, membuatkan mereka rapat. Tak hairanlah...dan tak kurang juga bila piha start nak berkawan dengan dia tapi tidak sekepala dan sebagainya.

Namun, syukur sebab piha tak sangka yang satu kelas piha ada seorang senior yang turut dari Unisel. Seorang senior perempuan yang membuat presentation dan menjadi Presenter semasa kelas 6B mengendalikan presentation mereka. Mungkin selepas ini kami akan duduk bersama.=)dan tak lupa lagi 2 orang senior lelaki yang sama baru masuk bersama piha pada tarikh yang sama...walau semasa piha menjadi junior mereka, piha tak pernah bertekur walau sepatah perkataan pun, tapi akhirnya di sini, kami berjumpa juga..syukur Allah, sekurang- kurangnya ada seorang teman yang menemani piha di sini. Wakil UNISEL..

Tatkala abah telefon piha malam semalam dan menanyakan khabar piha, sekali lagi tak dapat menahan air mata,teresak- esak menjawab soalan abah. Begitu juga bila piha melangkahkan kaki ke Unisel tengah hari tadi, sayu melihat wajah Madam AA. Air mata memang tak dapat nak lindung lagi. Air mata berjurai- jurai jatuh hadapan pelajar junior. Malu pun malulah..tapi itulah piha yang sebenar. Sangat sukar nak melupakan. Ternyata rindu piha pada UNISEL sangat kuat. Rindu akan cara pengajaran para pensyarah semua..sangat merindukannya..

Bernasib baik bila FACEBOOK yang masih menyatukan kami

Sunday, January 2, 2011

BAPAK=(


Setelah hampir 4 jam berada di atas lebuh raya, akhirnya piha tiba di UiTM Shah Alam tepat jam 9 pagi. Sepanjang perjalanan di dalam kereta, hanya tuhan saja yang tahu dengan perasaan yang bercampur baur antara nak pergi dan nak balik ke kampung halaman. Rindu akan makanan sedap, rindu akan kucing- kucing piha terutama sekali kepada Boboy, rindu akan hiruk pikuk suasana petang di kampung dan terutama sekali rindu pada ABAH.

Setibanya piha di Shah Alam, piha terus menuju ke UIC untuk pendaftaran, di samping piha melihat gelagat pelajar baru, sementara itu abah, abang Jasin dan Itam tunggu di ruang menunggu. Tapi memang piha akui, pada mulanya hati piha hanya takat biasa- biasa, ya..mungkin sebelum ini semasa piha mendaftar di Unisel dulu pun, perasaan sedih hanya sementara. Tapi, setelah semuanya selesai semasa pendaftaran di UiTM ini, piha rasa NAK BALIK..NAK BALIK..NAK BALIK!!!...

Lebih- lebih lagi ketika piha mendaftar kolej, piha juga rasa macam nak duduk rumah sewa pula, lagi seronok dan ada kawan lama yang piha sudah biasa dengan mereka. Tapi sayang, piha tidak punya kenderaan untuk berulang alik ke kelas dan juga fakulti. Cuma satu kelebihan yang ada di dalam kolej kediaman ini ialah fakulti piha berdekatan dengan kolej, jadi senang untuk ulang alik. Tapi....entahlah mungkin ni lah yang dikatakan proses pengenalan atau pun " Social Penetration Theory " di mana masa untuk kita bersuar kenal antara satu sama yang lain.

Hati piha lega bila di takdirkan dengan satu roomate yang agak satu kepala walau 3 rakan daripada 4 orang yang tinggal dalam bilik ini semuanya pelajar Ijazah Sains. Ini bermakna juga hanya piha seorang saja pelajar Mass Comm!!...mungkin kah ini juga di katakan " SURVIVE ???"

Piha di tempatkan di Blok #, tingkat %, nombor &, dengan hati yang agak huru hara perasaannya, piha terus menuju ke bilik yang telah di tempatkan. Tak lupa juga kepada mereka yang duduk sebilik dan " semember ". Lepas saja memunggah barang, tak lama kemudian, abah terpaksa balik semula ke Johor, kerana risau sampai malam ke sana. Terus! air mata berjurai2 jatuh. Piha sangat tak dapat nak menahan kesedihan. Bila tengok muka abah, sayu saja. InshaAllah, 29 Januari piha akan balik buat seminggu ke Johor Bahru sempena cuti semester. Tak sabar rasanya. Semoga abah sihat saha hendaknya.

Mee Goreng

Tapi apa yang agak menyeronokkan di sini bila ada " Student Mall " aka Gedung Selendang dan pakaian...haww..buat rambang mata~~@ __ @

dengan harapan semoga dapat menyesuaikan dengan persekitaran yang baru...
InsyaAllah

p/s : Esok pagi nak ke Fakulti mendaftar subjek pula!

Saturday, January 1, 2011

HAJAT UNTUK ABAH

Hai lah masa..pantasnya kau berlalu, tak sangka hari ini sudah pun berada di tahun 2011. Dan esok, satu hari yang baru untuk piha untuk memulakan hidup baru sebagai seorang pelajar baru di tempat yang baru. Semoga jihad ke jalan nya ini akan di berikan seribu rahmat dan kebaikan. InsyaAllah

8 jam dari sekarang, akan bertolak sekali lagi ke arah utara. Tepat jam 4 pagi, kami akan bertolak pergi. Pastinya piha yang juga akan memandu sepanjang arah pergi ke Shah Alam sebentar saja lagi akan berasa mengantuk dan sejuk. Tapi, insyaAllah..semoga perjalanan pergi dan balik akan selamat dalam lindunganNya.

Rasa berat hati dan kalau boleh nak undur saja masa. Kesian pula rasa dalam hati ini nak meninggalkan abah keseorangan kembali di rumah. Alhamdulillah, semenjak membuat medical check up yang lepas, sekarang kesihatan abah bertambah baik. Mudah- mudahan sepeninggalan piha di sana abah akan sentiasa menjaga kesihatannya. Tak lama lagi abah, 3 tahun saja lagi.

InsyaAllah..hajat yang abah pikulkan pada adik..terlaksana=)

2011

Kredit : Google

Alhamdulillah

Terima kasih Allah, kerana sekali lagi memberikan aku nyawa untuk terus hidup sebagai khalifah Mu di bumi ini.
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini memberikan aku permulaan untuk aku hidup lebih matang dan sedar akan siapa diri ku di sini.

Selamat Tahun Baru 2011
buat keluarga,
cikgu,
pensyarah,
kawan2
blogger!

Updated : 8. 07 am ( 1 January 2011 )
Saturday

p/s : Mencari Planner