Sebelum pergi travel, piha dah start google beberapa perkara penting macam bajet (sudah tentu), jarak perjalanan, masa, jarak antara bandar, peta Pahang, peta Cameron Highlands, Alamat tempat tertentu, lokasi hotel, dan yang paling penting sekali ialah talian kecemasan...haaa..ini sangat penting kalau kita nak pergi berjalan jauh, kalau boleh tu, salinlah seberapa banyak nombor talian kecemasa, macam talian TOL, balai polis, teksi, hospital, pusat servis kereta dan macam2 lagi.
Selain daripada cari lokasi menarik dekat tempat yang bakal kita lawati, jangan lupa pula check laporan cuaca. Kalau boleh tu buat lah 2 plan, satu plan A satu lagi Plan B. Walaupun nampak macam remeh, in case kalau satu perkara yang tak dijangka berlaku, tak ke kelam kabut kita nanti, ye dak??..Jadi..inisiatif terbaik adalah SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN. walaupun benda tu kita nampak kecik, tapi benda tu juga lah yang penting...dapat???
OK...antara yang piha sediakan sebelum travel :
PETA CAMERON HIGHLANDS
credit:google
*Plan dulu nak pergi area mana dulu..kemudian dekat mana nak pergi..strategikkan plan
JARAK ANTARA DAERAH PAHANG
credit: google
LAPORAN CUACA
credit:google
PETA NEGERI PAHANG
credit:google
JARAK
Johor Bahru - Kuala Lumpur 368KM (4H 30M)
Kuala Lumpur - Tapah 160KM (2H)
Kuala Lumpur - Cameron Highlands 20KM / 300KM (4H)
Tapah - Ringlet 45KM
STESYEN MINYAK
Menurut apa yang piha survey, sebelum kita naik ke Cameron tu kalau boleh, minyak lebih daripada setengah tank, sebab jarak antara tapah sampai ke Cameron tu, tak ada sebarang stesyen minyak. Takut2 pula kalau jalan nak naik atas tu sesak, masak pula tersadai kereta dekat tepi jalan tu..
Sangat penting kalau anda..anda..andaaaa naik ke Cameron waktu peak season macam cuti sekolah atau waktu perayaan..berkemungkinan besar jarak yang anda nak pergi tu sebenarnya hanya memakan masa 15 minit menjadi 1 jam..
Jadi...dekat Cameron, terdapat 2 stesyen minyak iaitu di :
2 stesyen di Brinchang ( PETRONAS & SHELL)
2stesyen di Ringlet (PETRONAS & SHELL)
JARAK ANTARA BANDAR
- Ringlet ke Tanah Rata 13KM
- Tanah Rata ke Brinchang 6KM
- Brinchang ke Tringkap 8KM
- Tringkap ke Kuala Terla 5KM
- Kuala Terla ke Kg. Raja 3KM
TEMPAHAN HOTEL
INFO PELANCONGAN
TOL PLUS
Ok...sini kalau nak check kadar tol dengan jarak perjalanan
daaaannnnnnnnnn!!!..paling3 penting sekali!!..bajet!!
Apa yang piha kira ni adalah randomly sahaja ye..hanyalah ESTIMATION
PERJALANAN 3 HARI 2 MALAM
- HOTEL : RM169 X 2 MALAM = RM338(Deposit RM100)
- MINYAK : RM300 (pergi - balik) = RM300
- TOL : RM150 X 2 (pergi - balik ) =RM300
JUMLAH = RM838/5 orang
=RM167.60 (genab RM170 seorang)
Jadi, cost untuk seorang adalah RM170 untuk perjalanan 3 hari 2 malam tak termasuk makan/shopping.
Then, bila tanya member2 yang lain..ada yang ada hal, atlast kami berempat aje yang pergi...so cost pun macam naik turun sikit.
No comments:
Post a Comment