Friday, January 20, 2012

RECAP UITM SEM 2

Assalamualaikum..

yeahhh..Alhamdulillah..secara rasminya..dah habis semester 2...paper piha last boleh dah prepare mentally dan physically untuk ke semester 3 yang akan bermula pada March 2012.

OK lah...RECAP SEM 2..

Cuti empat bulan..memang percutian yang amat panjang..piha hanya gunakan cuti tersebut dengan pergi berjalan ke sana dan kemari...sedangkan rakan lain ambil peluang tersebut dengan mencari duit poket...piha pun sebenarnya memang ada hasrat nak cuba bekerja..tapi peluang tu tak berpihak pada piha...sob3...abah halang...jadi bercuti sahaja...berjalan dari ke utara terus ke pantai timur dan terus ke selatan tanah air..

Sepanjang semester 2 ni..piha tak ambil banyak subjek..sebab credit assumption..so bakinya hanya 5 subjek dan 12 jam kredit...memang sangat bosan bila duduk rumah...entahlah...piha bosan tak ada banyak kerja...

Namun begitu...bersyukur sangat sebab piha ada juga menjawat jawatan SMF ( Sekretariat Mahasiswa Fakulti ), jadi masa yang terluang tu..ada juga di isi dengn aktiviti2 dalam organisasi..

SMF 1 : PPW ( Program Pemantapan Wawasan )


Di sini, piha memegang EXCO Tugas Khas dan pendaftaran. Macam biasa..aktiviti ini dilakukan setiap semester untuk pelajar semester pertama yang baru masuk UITM. Di sini..piha nak ucapkan selamat datang buat Faisal dan Reen juga merupakan classmate piha masa dekat UNISEL dulu dan kini menjadi junior piha dekat sini...hehe

Kami jug ditugaskan untuk menjaga checkpoint, dan piha memegang checkpoint islamiah..dimana pelajar perlu menyusun ayat AL- QURAN..ayat surah lazim sahaja..beserta maksud...


SMF 2 : RAYA MASSCOMM


Sepanjang piha berada dekat UITM..piha di dedahkan dengan banyak benda...dengan banyak perkara yang piha tak dapat semasa diploma dulu..tetapi piha dapat dekat sini...dan inilah yang piha kejarkan...

Pada semester ini juga kami mengatur majlis Raya Masscomm dimana 8 sequence berkolaborasi dalam 1 majlis...memang best...meskipun waktu itu suasna raya telah pun habis lebih kurang sebulan yang lepas, namun begitu..majlis ini tetap dilaksnakan...dan dirasmikan oleh dekan fakulti sendiri...

serba sedikit..piha belajar bagaimana nak mengatur majlis...

SMF 3 : MPG ( Malam Pra Graduan )

Lagi satu majlis setiap sem yang telah di atur iaitu Malam Pra Graduan. Kalau dahulu kami panggil Farewell...Malam Pra Graduan ni adalah untuk meraikan para senior yang akan tamat belajar pada semester tersebut dan akan praktikal. Jadi...majlis ini bagi mengenang dan mengukir kenangan mereka sepanjang bergelar pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UITM Shah Alam...

Tema yang di tetapkan ialah " NOSTALGIA P RAMLEE " dimana setiap pelajar di wajibkan untuk memakai pakaian atau kostum seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan juga Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Piha selaku AJK Makanan ( F&B ) mengatur bsegala perihal makanan...huhu..dan di sini piha belajar bgaimana nak menempah makanan secara LO....lololololololo...ok full stop!!

SMF 4 : SAF ( Sukan Antara Fakulti )


Last event in this sem...SAF...pada mulanya piha menjagu sukan Golf..tetapi di sebabkan piha ada test Translation pada hari perlawanan..maka piha split jadual dan tukar dengan orang lain...

Piha jaga sukan indoor sahaja iaitu Catur dimana piha telah tukar jasual dengan Hilmi.....alhamdulillah...walau pada mulanya piha ada 6 orang pemain..dan berkurang menjadi 2 orang...last minute...dapat juga mendapat 3 orang...untuk penuhkan kuota..

Thanks fareed, alwi, Hilal..sebab wkil untuk fakulti kita..even kita tak menang...dan mendapat ranking ke 23 daripada 23 pasukan...di tambah dengan tak ada jersi..namun sikap 1 pasukan yang kita ada..kita tak ralat atas kekalhan tersebut...

GOOD JOB!!..thanks bro!

hahahaha...jawatan..jawatan..jawatan...

KONVOKESYEN


Ok..sepanjang semester 2 ni juga...ada 1 event yang paaaaaaling besar untuk piha...iaitu MAJLIS KONVOKESYEN piha!!!...yeahhh...penat lelah 2 tahun setengah dekat UNISEL..akhirnya.,.segulung diploma telah pun berada dekat genggaman piha...dalam jurusan Komunikasi dan Media...

Abah, abang Jasin dan abang Mokhtar..thanks sebab bawa abah ke Bestari Jaya...bertolak dari Johor seawal pagi...=)..

Thanks abah..sebab menjadi tulang belakang...tak dapat dikira jasa abah..macam yang abah cakap dekat adik....

" kalau adik nak balas jasa abah...macam laut..makin banyak kita nak timbus nya..makin banyak kekurangan nya"

dan ia memang benar...tak kurang juga untuk Kak Maria dan Abang isa ( hahahhaa...), sebab temankan piha dalam majlis tu..thanks untuk bouquet flower tu..dengan ucapan sekali...Piha love both of u.,..thanks..

CLASS TRIP


Class trip...pada semester ini adalah dengan menyertai Program Mesra Tani bersama BERNAS. Semester ini juga tak ada dinner seperti semester yang lalu...dan tidak diketahui sebabnya...sob3...memang agak terkilan juga..sebab sequence lain ada dinner..tetapi untuk sequence broascasting..tak ada..tak apalah...sem depan kami dah semester 3...adalah menjadi giliran kami pula untuk mengatur dinner...INSHAALLAH akan DITUNAIKAN!!!....

opss..teringat pula role play kami masa semester 1 dulu...ohhhh..ok2..back to main topic...seperti sentri yang lepas..program ni adalah final project kelas Effective Speaking dan sebenarnya piha tak ambil subjek ini dan sengaja nak join berasama rakan kelas yang lain...and it was exciting!!!...

Thanks MAMA..sebab give me an oppurtunity to join this event..=)..


hihi...lagi satu..trip kelas ke PUSAT PERCETAKAN...dekat Fakulti Seni Reka dan Grafik....kalau sem lepas kita ke ACTIV 5...dan kali ini kita hanya berada di dalam UITM sahaja..pun jadilah...^_^...oleh di sebabkan kami mengambil grfik semester ini..jadi kami di ajak untuk melihat sendiri bagaimana percetakan itu di lakukan...

so...di bawah adalah sedikit koleksi gambar daripada kemera Maria...thanks maria!!



RELATIONSHIP

Sepanjang semester ini..memang tak dapat di nafikan....nilai hubungan persahabatan antara kami memang mahal...


Lebih- lebih lagi semenjak kami dah duduk luar..kalau semester 1 dulu....kami sellu juga spend time bersama..tapi kami perlu kejar balik ke kolej...kalau lambat sedikit..alamatnya memang kami kena stay dekat situ hingga pagi...


Banyak benda yang kami share bersama...di selangi gelak ketawa dan gurau senda...=)..tak ada apa yang boleh piha ucapkan..sebab setiap apa yang kita lalui memangpiha tak dapat nak ulas dengan panjang lebar..hanya hati dan perasaan sahaj yang faham..


Namun...tangan sentiasa menadah ke atas...meminta selalu agar persahabatan kita tidak hanya di UITM sahaja..tidak hanya ketika kita belajar..tetapi..biarkan hubungan ini hingga bila- bila..selagi nyawa di kandung badan...


Seriously..='(

Last kopek...untuk Isa, Fahmi, Azim, Helmi, Maria dan Bella..thanks sangat2 sebab menjadi sebahagian dalam hidup piha...memenuhi hidup piha...=)

Hubungan ini tak dapat di nilai dengan permata yang tinggi nilai harganya....

Thanks

" AND....IT'S ALL ABOUT A RELATIONSHIP "


Monday, January 16, 2012

FINAL EXAM FEVER

Assalamualaikum..

Diam tak diam.....semester 2 hampir melabuhkan tirai..kami seluruh warga UITM sekarang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester. Hri ini bertarikh 16 Januari 2012..bermakna piha ada lagi msa lebih kurang 3 hari sebelum paper terkhir piha untuk kertas Interpersonl Communication iaitu subjek minor piha untuk semester ini. Manakala kawan yang lain sekerang sedang menghadapi paper terakhir mereka...SEMOGA SUKSES semua!!

Dalam masa yang sama, ada juga kesedihan menyelubungi diri apabila pada 2 hari lepas piha dikhabarkan kami telah kehilangan seorng rakan kelas kami iaitu Arwah Roshizam Roslan. seorang yang ceria dan kelakar. Piha dengan arwah tidaklah begitu rapat..tetapi kehilangannya amat terasa kerana dari sekolah rendah kami belajar sama2..membesar di dalam kelas bersama dengan rakan lain...apa pun kami sebagai rakan sentiasa mendoakan kesejahteraan Rosahizam di sana...semoga mendapat keberkatan ke atas roh mu Rosahizam.

Just short note from me~~
INSHAALLAH..akan menulis lagi...

Tuesday, January 10, 2012

5 TAHUN


Buat ibu yang di sana...
semoga berada di di bawah kesejahteraan dan di letakkan di tempat orang- orang yang beriman..

terima kasih tak terhingga kerana melahirkan, membesarkan, memberi didikan anakmu yang degil ini ibu...
5 tahun...=)..kenangan yang sentiasa bermain di fikiran adik....waktu kita makan sama2 sekeluarga, sewaktu kita bernyanyi bersama, bergurau senda....=)

Kenangan yang abadi adik bersama ibu...
Semoga kita akan dapat jumpa lagi di SANA...
doa anakmu di sini tak pernah berhenti ibu....

I LOVE U FOREVER

Sunday, January 1, 2012

THE CELEBRATION

Buat julung kalinya piha sambut new year dekat KLCC...sebelum ni kalau dekat kampung..piha kadang2 ja sambut...bukan sebab apa...tapi cuma kurang rajin nak keluar dan piha tak berapa suka dengan crowded environment...


So, semalam..piha sambut dengan kawan diploma piha....kita orang bertolak pun dah petang....pada mulanya rancangannya nak pergi pagi...nak ke Aquaria,KLCC..tapi di sebabkan masalah yang tak dapat di elakkan..jadi kita orang bertolak lah petang..around 4pm macam tu...


Sampai ke KL Central around 5.30pm...then setibanya kami ke sana...perut pun memang lapar..kaita orang terus ke Burger King...mengalas perut....alhamdulillah..kenyang dan kembali bertenaga..


Kemudian kita orng terus ke KLCC dan tunggu hingga countdown...TILU metupakan salah sebuah band lokal yang membuat persembahan pada malam tersebut...suasana yang riuh rendh membuat kan piha sangat tertekan dan agak tak selesa...

Ramai pendatang asing yang menyambut di sana..keadaan yang terlalu sesak, padat...huuuuu......sobsss...maybe it will be my last time to celebrate this kind of celebration...

btw..thanks az...coz bring me along...i love you!!


HAPPY NEW YEAR!!!


2012 : KURANG : SUSUN : TAMBAH


kredit : Google.com

Selamat tahun baru!!!
Alhamdulillah..diam tak diam...dah masuk ke tahun 2012...
tak dapat dinafikan memang banyak perkara yang piha lalui sepanjang tahun lepas yakni 2011
baik yang manis dan yang pahit...

hurmmm..bercakap tentang azam...pastinya kawan2 piha yang lain dekat luar sana dah tanam dan mungkin sedang melaksanakan impian mereka....mungkin juga impian mereka tahun lepas ada yang sudah tercapai, ada juga sipi2 nak tercapai dan mungkin juga tak tercapai....

Bagi diri piha sendiri..piha tak tanamkan apa2 impian untuk tahun 2012 ni, sebab piha bawa impian piha yang tahun lepas ke tahun baru ini...tapi apa impiannya???...

1. NAK KURANG SIKIT

Piha sebenarnya nak kurangkan berat badan piha balik..meskipun tak betul2 kurus..at least piha dapat pakai balik baju piha yang lama....sepanjang tahun 2009 piha keep on diet...dan alhamdulillah...20Kg piha turun...dan pada tahun 2010, akibat tak konsisten, memang berat piha naik....sampai sekarang..piha memang takut dengan weight scale..

dan oleh sebab yang demikianlah piha inshaallah nak tanamkan hasrat piha untuk diet balik..tak banyak pun sikit lah piha nak kurangkan makan tambah dengan senam..inshaallah....

2. NAK SUSUN SIKIT ( KALAU JADI )

Piha juga nak tanam hasrat..kalau boleh piha nak pakai braces...terlintas tiba2 dekat fikiran piha nak pakai braces selepas abah siap buat gigi palsu..inshaallah..piha akan ke klinik gigi cuti semester ini, dan mungkin piha akan stop sekejap rutin cuti piha untuk travel..dan piha akan gantikan dengan impian piha ni...

Piha nak cuci gigi dahulu..then nak pasang braces...harap2 abah benarkan impian piha ni tercapai...

kalau tak tercapai tahun ni...piha postpone ke tahun depan..depan...daaaaaan depannnnnn....

3. NAK TAMBAH SIKIT

berkenaan nak tambah ni...piha sebenarnya nak improve diri piha untuk jadi yang lebih baik dari tahun lepas....terutama sekali...

Piha nak jadi anak abah yang baik...
Piha nak jadi kawan yang memahami..
Piha nak jadi.....*******( haha..loser!)

**celebration & recap....upcoming


Thursday, December 29, 2011

SEMALAM

Alhamdulillah....once again...we had so much fun..


kami berkelah di tasik....makan bersama2 sambil gurau senda...


Sejak kebelakangan ni especially semester 2, piha dapat rasakan keintiman relationship antara kami semua....semakin rapat...alhamdulillah...serba sedikit piha dah dapat biasakan diri dengan keadaan yang bertambah baik..terima kasih Allah sebab kau pertemukan aku dengan rakan2 yang baik, caring each other....


Inshaallah, aku akan kekalkan hubungan dengan mereka...dan engkau rahmatilah hubungan kami serta berikanlah kepada rakan- rakanku segala amal kebaikan yang paling tinggi darimu...


i will miss all these handsome and beautiful faces!!!

bella

anis
maria


fahmi

azim

DJ Isa

ezi
.........................................................................................................




Wednesday, December 28, 2011

SOLAT HAJAT


Alhamdulillah...

Malam tadi telah berlangsungnya majlis solat hajat sempena dengan minggu peperiksaan yang bermula pada 6 Januari 2011.

Majlis yang di atur oleh rakan- rakan : maria, bella, isa, azim dan juga fahmi

Solat hajat ini diadakan dekat rumah Ezi...


Piha, anis dan ezi selaku " orang dapur " menyiapkan makanan..agak mewah dengan makanan, kami menyediakan bihun sup, popiah, kek coklat, lengkung ( ezi ), dan juga wedges...


Majlis yang bermula pada seawal waktu maghrib, mereka solat sama- sama dan kemudian diteruskan dengan bacaan Yaasin dan tazkirah. selpas itu terus ke solat isya' dan solat hajat..




Semoga dengan solat hajat ini, kita semua mendapat ketenangan semasa manjawab exam akan datang..


dan semoga aktiviti ini menjadi aktiviti setiap semester antara rakan- rakan..