Salam Aidilfitri....8 Syawal sudah berlalu, kepada yang berpuasa, Selamat Berpuasa piha ucapkan..
Alhamdulillah, selepas puas beraya dengan sanak saudara,namun negitu sahabat handai masih tidak di lupakan..
seperti acara tahunan, kami warga bekas anak didik Sekolah Kebangsaan Cahaya Baru, tahun 1997- 2002 sekali lagi berpeluang untuk beraya bersama. Namun tahun ni tidak lah semeriah tahun yang lalu, kerana ada dalam kalangan kawan- kawan yang sudah pun pulang ke universiti, kolej serta maktab masing- masing. Kami berkumpul untuk yang mana ada sahaja.
Tahun ini, sempat beraya dengan safiqa, seorang penuntut di Universiti Canterbury Christ Church, Kent, England pulang ke kampung halaman berikutan dari cuti semesternya. Kami sekelas dari darjah 1 hingga 6..
Tapi, masih lagi tak sempat beraya dengan Lily Syafikah yang menuntut di Vanderbilt University, Nashville, Tennessee, US, dan Atiqah Rahmat yang menuntut di Universitas Sumatera Utara, Indonesia.
Perjalanan yang bermula dengan menuju ke rumah Ciku Jannah juga cikgu muzik, cikgu koir piha..
Then ke rumah Ustazah Ruzimah..part paling best bila ustazah jamu kami dengan Roti Puri,
made by her ok..memang sedap..tujuan utama hanya nak menziarah cikgu..tak silap piha, sejak hujung tahun 2002, itulah last piha bersua muka dengannya. Ustazah yang best, tak lupa sewaktu piha darjah 3, masuk pertandingan bercerita, ustazah lah yang train piha mengintonasikan cerita SANG MENTARI DAN SANG BAYU
Kemudian, dah kenyang2, tak larat sebab banyak sangat rezeki, kami ke rumah fatin pula..kali ni the boys join kami semua..ada asrol, fathi, ijal, dengan pudin..
di hidangkan pula dengan puding...OK..perut boleh terima!..hihi..sebagai pencuci mulut...