Maka hari yang di tunggu pun dah tiba. Maka di pagi 13 Januari 2016 piha bergegas ke airport. Check in flight dah pun di sempurnakan seminggu sebelum flight. Sebagai keselamatan kot ramai orang yang nak check in tak ke naya kita time tu nak check in flight time tu nak check in beg..
Jadi flight piha lebih kurang jam 12.15pm, so piha masa tu sampai ke airport lebih kurang pukul 9.00pagi. lepas check in beg, terus ke Departure Hall. Agaklah masa tu sedih, sebab pergi sendiri tak ada member yang teman. 5 hari 4 malam nak survive sendiri.
Jujur kata tak menangis sebab tiba2 rasa menyesal pula sebab keputusan mcm ni. Tapi ni tak patahkan semangat untuk teruskan perjalanan. Tips untuk wanita yang terasa nak pergi ke luar negara secara solo, anda dinasihatkan untuk simpan semua nombor kecemasan dekat wilayah yang anda lawati.
Sebagai contoh selalunya setiap daerah akan ada website pelancongan dia sendiri, so dekat situ mesti akan ada nombor2 kecemasan macam hospital, balai polis, ambulans dsb. Jadi ringan- ringankan tangan dan print kesemua nombor tu.
Untuk keselamatan.
Sejam sebelum depart.
Flight masa ni delay 30mins sebab aircond tak berfungsi. Jadi agak lewat lah nak sampai ke Jogja. On the way ke sana cuaca tak begitu elok.
Baru tahu yang dekat Indonesia masa ni tengah musim tengkujuh. Jadi ada lah merasa sikit tarbulence.
Lebih kurang jam 3.00pm alhamdulillah sampai di Adisujipto Internartional Airport. Airport ni kecil je tak besar sangat.Masa nak lepas imigresen tangan seram sejuk sebab semua orang ada kawan yang piha cuma sorang2 terkulai tak tahu apa nak buat cuma ikut orang lain.
Lepas check imigresen, akan ada satu borang Custom Declaration. Kena isi dan serah pada pegawai bertugas. Lebih kurang mcm singapore juga.
So, lepas claim beg semua, piha pun terus keluar pintu, tak sangka masa depan pintu keluar tu beratur supir teksi menunggu..
"ibu..mahu kemana??..ayo saya hantarkan"
Buka sorang, bukan 2 orang..tapi tak tahulah berapa orang yang tunggu dekat depan tu. aku ni dah lah takut kau mengekor aku sampai jauh..
Sampai lah berjumpa dengan Pak Saiful. Dia tegur piha dulu untuk hotel. Piha tunjuk alamat hotel dan dia hantar. Dalam perjalanan
" Mba..sama siapa kesini"
Jadi piha opun ceritalah yang piha pergi sorang..bla..bla..bla.. kemudian minta pak saiful behentikan piha dekat kedai tepi jalan beli sim card Indonesia. Tak mahal sangat cuma RP40ribu ntuk 3gb internet.
Orang di sana memang ramah tamah seboleh2 dia nak kita naik kereta dia. Sampaikan dia offer samada kita dah ada supir ke nak berjalan dekat Jogja. Tapi kita tolak lah dengan cara baik.
Sesampainya dekat hotel, piha di sapa mesra oleh receptionist di Pandanaran Hotel.
Hotelnya agak kondusif. Wifi semua lengkap. Hotelnya juga strategik tak jauh dari bandar. Piha check in lebih kurang jam 4.00pm. Jadi sampai dalam bilik memang lega sangat2.
Hari dah hampir malam. Yang membuatkan jakun sikit rupanya dekat sana jam 6.30pm dah maghrib ok. dah gelap.
Jadi piha pun decide malam ni nak pergi ke Jalan Malioboro. Diorang kata kat sini shopping heaven. So..dah sampai takkan duduk dalm hotel.
Masa ni baru pukul 7.00pm. Banyak snagat kereta kuda, jakun memang jakun.
Jalan2 menyelinap di sudut kedai yang padat dengan orang.
Puas berjalan piha makan dekat dalam Mall Malioboro ni.
Bakso Campur
Es kuwut.
Lebih kurang jam 9.00malam. balik hotel.
End of Day 1
##