Friday, December 24, 2010

NOTA BUAT SAHABAT

Entri ini khas buat sahabat Piha

Perbezaan antara kawan dan sahabat. Jika kawan ia merupakan kawan biasa. Jika SAHABAT..ia amat bermakna..

Piha harap kalian akan baca entri ni...bukan maksud piha buat entri ni untuk mencari publisiti tapi..percayalah, piha tak sanggup nak call sorang demi seorang..sebab ia sungguh menyakitkan..

Pertama sekali, piha memohon maaf andai nota ni piha buat secara tiba- tiba. Piha nak kalian tahu yang sebenarnya kalau kawan2 lihat piha sedang bergembira, tapi sebenarnya......( piha yang tahu ). Komen ayna menguatkan hati piha untuk menyampaikan sesuatu di sini.

Picisan kenangan sewaktu kita bersama dulu memang sukar piha nak lupakan dan TAK MUNGKIN akan di lupakan. Dalam kegembiraan piha membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran, tapi piha kesal sebab apa yang kita impikan berlima dulu tak di izinkan oleh Allah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya atau mungkin ini ialah cara kita masing2 untuk menempa kejayaan. Piha sayang kalian yang bernama sahabat DUNIA AKHIRAT. Kenangan kita bersama sewaktu di universiti amat berharga. Nota ni piha tujukan buat seorang demi seorang kepada insan yang bergelar SAHABAT

AYNA

Sewaktu berbuka puasa di Tasik Shah Alam

Ayna antara kawan yang paling rapat dengan piha. Pendek kata di mana ada ayna, adalah piha di situ, Kadangkala di universiti kita macam belangkas, kalau salah seorang tak ada, pasti yang lain akan bertanya. " Mana piha..ayna??.." dan " Ehh..piha??...ayna tak datang kelas ke..??".
Walau pada mulanya kita hanya berkenalan hanya di kelas, tapi semenjak kita duduk satu rumah dan satu bilik mengeratkan lagi hubungan kita. Dari situ, bermulalah segala macam dugaan yang melanda. Memang kita akui, memang pada mulanya ada sedikit pertelingkahan antara kita, namun semua tu kita dapat atasi dengan baik setelah kita berbincang.

Ayna..piha bersyukur punya kawan dengan kamu, sebab apa yang ada piha, ayna tahu, sedikit pun tak pernah tersebar. Amat sukar untuk mencari pengganti ayna..Apa yang piha makan itulah yang ayna makan. Masih ingatkah ayna sewaktu kita berdua berjalan di Secret Recipe??..Waktu tu hanya tuhan saja yang tahu..ayna mengekori piha kemana saja piha nak pergi, sehinggakan piha halau ayna balik, namun ayna tetap berdegil. Keras sungguh hatimu ayna..Piha kata piha nak lari, ayna tahan piha...Tak cukup dengan itu, ayna tolong beri semangat dalam apa yang piha buat, piha menangis semua orang pujuk piha. YA ALLAH...baiknya ayna...

Banyak kenangan kita bersama ayna, ayna merancang untuk menyambut hari lahir piha yang ke 20 tahun sewaktu rumah kita sibuk dengan kes pecah rumah dulu. Piha tengah ketuk2 pintu memasang engsel, tapi ayna denga kawan2 lain pergi masak dengan alasan lapar sedangkan waktu tu jam dah pun menunjukkan pukul 1 pagi. Sekali ayna dengan kawan lain memadam lampu dan membuat surprise! kat piha. Kenangan yang amat manis buat piha punya kawan yang menghargai..

Ayna..piha nak ayna tahu...janji kita untuk belajar bersama tak tercapai..piha amat terkilan. Walau pada mulanya piha gembira namun ianya hanya sementara. Tapi..piha tutup segala itu dengan senyuman..seperti yang ayna cakap dulu " Luar nampak gembira...tapi dalam hati..."

Terima kasih ayna sebab beri piha peluang untuk menjadi antara senarai sahabat ayna. Sanggup melayan karenah piha sepanjang piha di negeri orang. Macam abah piha cakap " Duduk di tempat orang..baik2 "...Piha tak nak hubungan kita setakat ini saja ayna...Piha teringin nak jumpa lagi dengan ayna...sebarang perkembangan..beritahulah piha..untuk mengubat rindu..

LINDA

Sewaktu Konvensyen KIK

Linda..piha tahu linda sekarang jarang untuk online, tapi piha harap linda akan baca kelak.

Linda orang pertama yang piha jumpa sewaktu pendaftaran dulu. Ingat lagi..muka piha yang waktu tu tak tentu arah yang berserabut memikirkan keadaan piha selepas itu yang mana piha tak pernah berpisah dengan abah. Tapi..selepas piha menyapa linda, kita mula berkawan dan kita di takdirkan satu dorm yang pada awalnya agak panas dan sempit. Dari situ, kita mula erat dengan pergi ke kelas bersama- sama dan satu kumpulan dengan ayna. Waktu tu, linda bercakap loghat kedah membuatkan piha terpinga- pinga tak faham. Lalu, semua gelak. Sangat melucukan..

Tak lama kemudian, kita pindah ke rumah sewa di Apartment Baiduri bersama- sama dengan geng yang lain. Sejak daripada itu, kita ke kelas bersama dengan menaiki motosikal Linda. kita balik kelas berhujan bersama. Walau antara kita juga dulu ada sedikit pertelingkahan di rumah sewa, ia tak kekal lama bila kita semua sedar kesilapan masing- masing. Syukur sangat waktu itu. Kisah kita berpindah rumah sebanyak 3 kali membuatkan ia menjadi kenangan manis dalam diri piha. Tak lama kemudian kita pindah lagi rumah kedua kita ke rumah di hujung sekali iaitu rumah lama kita. Sangat panas dan sempit. Tapi kita tetap selesa bersama, sehinggalah kita berpindah di rumah sewa terakhir kita linda di rumah sekarang yang dah pun berganti dengan penghuni yang baru. Semua itu selepas kita sedar yang mana kawan dan yang mana lawan.

Syukur Lillah bila tiada sebarang pertelingkahan antara kita. Linda yang sanggup hantar piha kemana sahaja membuatkan kita semakin erat walau kadangkala piha berasa cemburu dengan hubungan linda dengan boyfriend linda. Tapi piha tumpang gembira bila linda gembira. Linda yang menjadi saksi waktu kita putus dengan borfriend kita dulu. Keadaan bagai nak gila bila tahu hati ini di permainkan. Tapi linda sabarkan piha. Terima kasih linda.

Dan yang tak mungkin buat piha lupa kan linda, bila ada sesuatu yang menjadikan kenangan untuk piha..iaitu di bawah ini...

Baju hasil jahitan mak linda. Sangat cantik dan kemas. Semoga satu hari nanti mak linda akan membuka butik. InsyaAllah. Linda kawan tempat piha gelak, terpekik terlolong dan teman saksi piha mengigau setiap malam membuatkan hubungan kita semakin bermakna. Mungkin ini adalah perpisahan sementara buat kita, piha pasti satu hari nanti kita pasti bertemu kembali. Semoga linda di negeri Jelapang Padi akan sentiasa gembira. Piha di sini sentiasa mendoakan kejayaan kawan- kawan piha yang lain. Piha sayang kalian.

NADIA ASHIKIN

Sewaktu majlis perkahwinan di Damansara

Nad...memang tak dapat di nafikan kau seorang yang sangat baik. Kau faham apa dalam hati piha. Walau kita mula kawan rapat semenjak kita duduk serumah dan sebilik, kenangan berkenalan dengan nad sangat manis. Teringat bila kita tak dapat emnahan kesedihan sewaktu piha nak emngangkat barang- barang di rumah sewa kita untuk piha bawa balik ke negeri Johor. Nad sanggup bangun dan tolong angkat barang piha. Terima kasih nad..

Yer..memang piha akui..piha suka menyakat nad, tapi ianya sakat untuk mengeratkan hubungan persahabatan kita. Ternyata nad sangat baik dan penyabar orangnya. Walaupun kita tak satu kelas sewaktu di kelas, kita tetap rapat. Kemana saja piha ajak nad pergi, nad ikut sahaja tanpa sebarang bantahan. Bila nad ada makanan lebih, pasti tak pernah lupakan untuk bingkisan kami di rumah, pasti ada saja bekalan.

Yang membuatkan piha semakin teringat, sewaktu piha meluahkan hati pada nad mengenai seseorang yang pastinya nad tahu siapa insan tersebut selepas hati piha tertutup angkara kejadian yang lepas. Setiap hari berkirim salam dan memberikan sesuatu kepadanya. Setiap kali nad balik, pasti ada saja kiriman salam balas daripadanya dan kemudian nad mengusik piha. Memang piha akui, piha tertarik padanya, seorang yang matang tapi piha mengharapkan terbaik sebagai penamatnya kelak. Segalanya piha serah pada takdir.

Ingat lagi birthday kamu?

Nad..tak bermakna kita berpisah ini kita akan berpisah buat selamanya. Semoga kita akan bertemu kembali suatu hari nanti. Piha sentiasa menunggu kehadiran kalian. Tangan piha sentiasa menadah untuk berjumpa dengan kalian semula. Piha pasti kita akan berjaya bersama suatu hari nanti.

HAZWANI

Sewaktu Farewell Party Pemergian Madam Gina ke Australia

Az...seorang yang peramah, manis, ayu dan baik. Piha tak faham dengan hati pia bila setiap kali kita berjumpa pasti akan berakhir dengan linangan air mata. Adakah mungkin sebab kita berdua seorang yang sensitif atau ketulusan hati kita masing- masing??...tepuk dada kita az..

Walau kita mula berkenalan rapat sewaktu kita bersama- sama satu kumpulan untuk subjek Human Communication, ia merupakan titik permulaan untuk piha menilai siapa az yang sebenarnya. Tapi, ternyata az seorang yang baik, seorang yang tak pernah jemu menjadi guru kaunselor piha. Selalu menasihati piha dan sentiasa memberi kata semangat untuk piha pbila piha kesedihan.

Tapi, di sebalik kegembiraan kita bersama, kita di duga dengan satu pertelingkahan pabila seorang insan yang kita anggap baik, tapi sebenarnya dia bukan seorang yang apa yang kita sangkakan berubah.Namun, segalanya sudah berlalu..biarlah kenangan itu berlalu di bawa angin pilu. Tapi bukanitu sahaja, kita di duga dengan dugaan kedua bila kita berselisih faham sewaktu di suatu tempat, waktu itu, piha tak tahu nak cakap apa..hanya antara kita saja yang tahu. Tapi syukur sekali lagi bila kita berakhir dengan baik. Segalanya menjadi kenangan, tapi tak sanggup piha nak ingat kenangan yang pahit.

Az...az seorang yang berbakat semoga az akan berjaya suatu hari nanti. Piha selalu ternanti- nanti kehadiran az dengan piha di sini. Tanda persahabatan yang az tinggalkan di tepi pagar membuatkan piha di rumah sini tak sudah untuk tersenyum setiap masa. Sangat berharga hubungan antara kita.

Ingatkah az..apa yang selalu piha cerita pada az???...

WANIE

Sewaktu berbuka puasa di Tasik Shah Alam

Wani..yang pada awalnya agak pemalu masa mula- mula pindah ke bilik kami, tapi itu semua hanya sekejap sahaja. Kita ternyata satu kepala dalam banyak hal terutama ke karaoke yang ditaja " pak engku ". Wanie..tak ada banyak untuk piha tuliskan di sini tetapi kenal dengan wanie sangat menggembirakan. Kita bersama- sama tengok movie dalam laptop wanie dan gelak terbahak- bahak bersama- sama. THANKS WANIE...

UNTUK SAHABAT

Piha pasti, hubungan kita bukan setakat ini sahaja, mungkin suatu hari nanti kita akan berkumpul sepertimana waktu Diploma dulu. Para pensyarah juga sentiasa memberikan kata terbaik untuk kita bersama menempa kejayaan masing- masing...

Ingatkah kalian tentang nota sewaktu kita berada di konvensyen di Pejabat Setiausaha kerajaan Selangor dulu??..kita semua mengalirkan air mata, dan tak sanggup piha nak baca sebab setiap air mata yang gugur di pipi masing- masing menandakan betapa tulusnya persahabatan antara kita. Walau sewaktu di sana piha tak menangis tapi setiap tangisan kalian emmbuatkan piha tersenyum.

Semoga ukhwah antara kita sentiasa di redhai Allah. Piha selalu terfikir, bagaimana cara untuk piha mencari teman seperti kalian??...Cuma satu saja, tak bermakna piha mendiamkan diri bermakna piha lupakan kalian. Tapi ia adalah ruang masa untuk piha memperbaiki diri piha sendiri kerana piha mencuba dan sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk semua rakan piha.


Sekian;
Wassalam

p/s : maaf kalau ada kata- kata yang tersinggung

3 comments:

  1. supiha..
    kita syg supiha sgt.kita berlima masing2 punya impian..namun rezeki kadang kala x memihak pd kita.supiha..kita nk piha teruskan perjuangan mengejar cita2x piha.walau di mana pun piha berada.kita sentiasa mendoakan piha dan rakan-rakan lain. kita rindukan semua..piha..nad..linda..wanie..azs..kita sgt2x rindu..insyaAllah piha..lg 10 tahun kita akan berjumpa kn..supiha,dh belajar nnt..kekalkan pointer yg cemerlang taw..jadi pensyarah taw. piha harus buktikan piha.kita sgt2x berharap piha dapat mengejar cita2x piha..i miss u so much..my best friends..ever and ever..
    salam syg,
    ayna tan.

    ReplyDelete
  2. adeqku syg.. thnx sgt2 sbb tulis sal wanie.
    korg as my room mate xkan penah wanie lupekan taw?
    walopon kite tak lame bersame tp mcm2 yg kite lalui bersame. jalan2 kl ngn piha , men telur2 tyme bday piha, plus asek tertawakan nad je law pape pon lawak yg dye wat.
    lg satu RINDUU nak gossip ngn piha n linda seperti slalu ouh!

    ReplyDelete